ARTIKEL

Deepavali satukan masyarakat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MIRI: Deepavali dan ‘Bollywood Nite’ anjuran Persatuan India Miri dan Persatuan Punjabi Miri menjadi gabungan budaya, seni serta hiburan rancak sempena Karnival Taste of Borneo 2.0.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut yang juga Datuk Bandar Miri Adam Yii Siew Sang berkata, kepentingan Deepavali melangkaui sempadan agama kerana ia merupakan perayaan menyatukan masyarakat dalam semangat harapan, positif dan kegembiraan.

Menurutnya, Bollywood pula adalah dunia impian dan warna mempesona dengan muziknya tidak dapat dilupakan serta mampu memikat hati masyarakat di seluruh dunia.

“Acara malam ini menyatukan dua dunia ini iaitu kerohanian dan kebudayaan termasuk gabungan tradisional dan moden sekali gus menjadikannya sebuah gabungan yang indah,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) sempena Majlis Deepavali & Bollywood Nite-Bollywood Fashion Contest sempena Karnival Taste of Borneo 2.0 2023 di Stadium Tertutup Miri kelmarin.

Tambahnya, matlamat dan nilai perayaan Deepavali adalah tepat dengan slogan karnival tersebut iaitu perpaduan dalam kepelbagaian.

Sementara itu turut berlangsung Pertandingan Fesyen Bollywood yang menampilkan dua kategori iaitu ‘Princess’ dan ‘Queen’.

Kategori ‘Princess’ dimenangi Penny diikuti Natasya dan Ivy masing-masing di tempat kedua dan ketiga. Manakala, kategori Queen menyaksikan Aleyaams merangkul gelaran johan manakala tempat kedua dimenagi Trisha dan Monica di tempat ketiga. 

LAIN-LAIN BERITA

SEDAR mahu belajar daripada GPS untuk majukan Sabah

KUCHING: Parti Sedar Rakyat (SEDAR) bersedia untuk mengadakan rundingan kerjasama dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS). Presidennya, Datuk Othman Abdillah berkata, usaha itu bagi memastikan Sedar

Cubaan tiga lelaki curi kereta gagal

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden gagal apabila diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong, pada malam Selasa. Pemangku

BERITA TERBARU

Lebih 360,000 ngusung Muzium Budaya Borneo

KUCHING: Muzium Budaya Borneo (BCM) ngerikod lebih 360,000 pengusung sepemanjai taun 2023. Menteri Dagang Temuai, Industri Kreatif enggau Seni Pemerindang (MTCP), Datuk Seri Abdul Karim