ARTIKEL

Kim Shin bersama delegasi Negeri Johor menaiki ART. | UKAS

Delegasi Johor tinjau perkembangan projek ART Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Lawatan kerja ke Sarawak semalam adalah sebahagian daripada penanda aras projek Transit Aliran Autonomi (ART) yang akan dilaksanakan di negeri Johor.

Menurut kenyataanya, Kerajaan Negeri Johor sedang merangka penilaian perancangan untuk pembangunan kenderaan ART atau Transit Aliran Ringan (LRT) di negeri tersebut.

RAKAM KENANGAN…Kim Shin merakam kenangan bersama delegasi Negeri Johor. | UKAS

Dalam pada itu, seramai 24 delegasi Pejabat Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Negeri Johor telah mengadakan lawatan kerja ke atas Kementerian Pengangkutan Sarawak (MOTS).

Ketibaan delegasi yang diketuai oleh Pengerusinya Ir. Ts. Mohamad Fazli Mohammad Salleh telah disambut oleh Menteri MOTS Datuk Seri Lee Kim Shin.

Delegasi turut menghadiri sesi taklimat dan perkongsian bersama Sarawak Metro Sdn. Bhd. sebelum memulakan lawatan bersama Kim Shin ke gudang kenderaan ART untuk merasai pengalaman menaiki kenderaan tersebut.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sarawak Metro Mazli Mustafa, Konsul Jenderal Republik Indonesia di Kuching Raden Sigit Witjaksono dan CEO Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ) Abdul Malik Ismail.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Hina Premier Sarawak, tiga Setiausaha lapor polis

KUCHING: Tiga Setiausaha kepada Premier Sarawak bertindak membuat laporan polis berhubung kes dipercayai menfitnah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg oleh