ARTIKEL

Delegasi kerajaan negeri Selangor pandu uji ART

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Delegasi kerajaan negeri Selangor berkesempatan merasai dan ikut serta sesi pandu uji kenderaan sel bahan api hidrogen pelepasan sifar Sarawak di sini, baru-baru ini. 

Mereka mendapat gambaran rangkaian pengangkutan awam Sarawak pada masa depan semasa melakukan pandu uji menaiki kenderaan tersebut. 

Pada masa sama, Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Selangor Ng Sze Han selaku ketua delegasi berpeluang menaiki kedua-dua bas hidrogen dan kenderaan Transit Aliran Autonomi (ART). 

Delegasi tersebut disambut oleh Pegawai Tadbir Kementerian Pengangkutan Sarawak (MOTS) Ir. Tiong King Wei, Pengarah Projek Sarawak Metro Zafrin Zakariah bersama-sama pengurusan MOTS, Sarawak Metro dan EMG JV. 

Sebelum memulakan perjalanan, mereka diberi taklimat mengenai projek Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS) dan latihan kejuruteraan serta peringkat dua latihan pengesahan konsep (POC) di Menara Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC). 

Di samping itu, mereka juga berpeluang melihat sendiri operasi autonomi ART semasa tunggang uji di sepanjang laluan latihan kejuruteraan di Jalan Keruing di Isthmus. 

Tunggang uji ART diselaraskan oleh MOTS, Sarawak Metro Sdn Bhd (Sarawak Metro) dan kontraktor utama bagi Pakej Sistem 1 KUTS. 

Sehubungan itu, Sarawak Metro iaitu anak syarikat milik penuh SEDC telah diamanahkan untuk melaksanakan, mengendali dan menyelenggara Projek KUTS. 

Ini kerana, Projek KUTS yang sedang dibangunkan secara berperingkat bertujuan untuk memodenkan sistem pengangkutan awam serta mengurangkan kesesakan lalu lintas di Greater Kuching. 

Bagi fasa 1 adalah untuk pembangunan tiga laluan iaitu Biru, Merah dan Hijau. Fasa ini dijadualkan mula beroperasi secara berperingkat, bermula suku keempat 2025.

Bagi laluan biru, ia meliputi jarak 27.5 kilometer  (KM) dari Rembus di Kota Samarahan ke Pusat Bandar Kuching, laluan merah (12.3 KM) dari Kuching Sentral ke Pending dan laluan hijau (30 KM) dari Pending ke Damai Central.

Kenderaan ART  akan dikendalikan di laluan khusus dan tidak akan berkongsi dengan pengguna jalan raya yang lain dalam bentuk bertingkat serta paras jalan. 

Operasi ART juga disokong oleh rangkaian bas pengantara, menggunakan kenderaan berkuasa hidrogen bagi menawarkan ‘batu pertama dan batu terakhir’ untuk penumpang.

Justeru, penggunaan hidrogen bagi menggerakkan kenderaan pengangkutan awam KUTS adalah selaras dengan aspirasi Sarawak untuk memajukan ekonomi hidrogen dan menuju ke arah negeri maju menjelang tahun 2030. 

LAIN-LAIN BERITA

Jasa Tun Taib tidak terhad di peringkat negeri

Yang Dipertua Yadim, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus terkenang jasa Allahyarham Tun Datu Mustapha Datu Harun dan Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud yang pernah menjadi Menteri

24 mesin hemodialisis baharu diagih ke seluruh Sarawak

KOTA SAMARAHAN: Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak memperuntukkan sebanyak 24 buah mesin hemodialisis yang bernilai RM987,600 dalam usaha memperkasakan rawatan pesakit buah pinggang di negeri ini.

BERITA TERBARU

162 kluster SPOC terima persijilan MSPO

KENINGAU: Sebanyak 162 Kluster Minyak Sawit Mampan (SPOC) melibatkan 177,355 pekebun kecil sawit persendirian (PKP) berjayamemperoleh Persijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) di bawah seliaan

Anak lambat bercakap

ANAK saya belum bercakap. Kenapa si kecil saya tidak bercakap? Berapa banyak perkataan yang sepatutnya dikeluarkan oleh kanak-kanak berumur dua tahun? Gejala anak lambat bercakap

Rayuan ibu Navalny dapat perhatian

MOSCOW: Sebuah mahkamah di Rusia, Far North bakal mendengar kes pada bulan depan yang dibawa oleh ibu kepada pemimpin pembangkang, Alexei Navalny, yang dihalang daripada

M’sia, Kanada perkukuh kerjasama pertanian

KUCHING: Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPK), Datuk Arthur Joseph Kurup menerima kunjungan kehormat daripada Menteri Pertanian dan Agrimakanan Kanada, Lawrence MacAulay pada Selasa,