ARTIKEL

LAWAT... Delegasi Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak dan SDeC di Skydweller.

Delegasi Sarawak menimba ilmu di Sepanyol

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SEPANYOL: Delegasi Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak bersama Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDeC) telah mengadakan lawatan ke kedutaan Malaysia dan Skydweller ketika berada di Sepanyol, pada Jumaat.

Delegasi terbabit diketuai sendiri oleh Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Seri Julaihi Narawi.

MAKLUMAT…Julaihi (tengah) mendengar penerangan yang disampaikan oleh pegawai petugas di Skydweller.

Beliau dalam satu kenyataan mengesahkan kunjungan ke pejabat Kedutaan Malaysia di Madrid bertujuan menzahirkan penghargaan atas bantuan diberikan kepada Sarawak semasa Kogres Mobil Dunia 2024 (MCW24).

Menurutnya, delegasi mereka disambut oleh Kaunselor Farhan Areffin selaku penyandang tugas Duta Malaysia.

Manakala satu lagi lawatan iaitu ke Skydweller, Madrid adalah bersama pihak SDeC.

“Lawatan ke Skydweller bertujuan memahami dengan lebih lanjut tentang teknologi dan keupayaan ‘High Altitude Paltform System (HAPS)’.

“Ia membantu dalam mencapai liputan telekomunikasi yang luas dan berpotensi untuk meluaskan kerjasama di rantau Asia Pasifik terutamanya di Sarawak,” jelas kenyataan itu.

Skydweller yang terletak di Madrid merupakan syarikat startup aeroangkasa multinasional yang membangunkan pesawat berkuasa solar yang mampu mencapai penerbangan berterusan.

BERITA LAIN

Syarikat M’sia yakin penuh dengan pasaran China

HAIKOU: China mempunyai jumlah penduduk antara tertinggi di dunia dan pasaran penggunaannya mempunyai daya tarikan besar, kata Penolong Pengerusi Persatuan Perniagaan Antarabangsa Promas Malaysia (Promas), Datin

BERITA TERBARU

Hina Premier Sarawak, tiga Setiausaha lapor polis

KUCHING: Tiga Setiausaha kepada Premier Sarawak bertindak membuat laporan polis berhubung kes dipercayai menfitnah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg oleh