ARTIKEL

Demam anak raja

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SAYA selalu terfikir; apakah rasanya menjadi anak raja?

Teringin untuk merasa kehidupan sebagai anak raja dan tinggal di istana.

Kata orang, angan-angan itu wangian, walaupun impian itu hanya mimpi yang indah.

Minggu lalu Kuching hangat dengan kisah anak raja.

Keberangkatan Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin AlMustafa Billah Shah berkenan mencemur duli mengunjungi beberapa lokasi dalam lawatan rasminya ke Kuching.

Ia merupakan lawatan kedua baginda ke Sarawak selepas menyertai Kembara Jelajah Borneo pada tahun lalu.

Namun, ketika itu saya tidak berada di Sarawak kerana menyertai Ekspedisi Menawan Gunung Kinabalu bersamasama Persatuan Wartawan Bahagian Kuching (KDJA).

Alhamdulillah, saya berpeluang menghadiri program lawatan Tengku Hassanal di Dataran Ibu Pertiwi dan Fort Margherita, baru-baru ini.

Ia merupakan kali pertama saya melihat secara langsung Tengku Hassanal dari jarak dekat.

Jujurnya, tergamam seketika dibuatnya, kerana Tengku Hassanal sememangnya mempunyai aura “putera kacak”.

Wajahnya tampan, tubuh tinggi dan segak membuat saya mengerti akan obsesi wanita sehingga ada yang meletakkan gambar Tengku Hassanal sebagai latar belakang telefon pintar mereka.

ANAK RAJA PERAMAH

Senyuman manis menjadi igauan wanita, malah menerusi hantaran penyampai radio yang mencuit hati, dia berjaya menarik perhatian Tengku Hassanal dan menangkap beberapa gambar serta video.

Dia kemudian memuat naik hantaran tersebut dan suaminya menyediakan khemah di luar rumah untuknya tidur sebagai tanda cemburu.

Tengku Hassanal juga sentiasa melayan peminatnya apabila didatangi rakyat di kawasan awam yang mengambil peluang bergambar kenangan selain menerima hadiah daripada rakyat Sarawak.

Pernah juga sebelum ini, Tengku Hassanal digelar ‘kazen Sarawak’, bermaksud sepupu, namun saya tidak dapat memastikan bagaimana gelaran itu melekat kepadanya.

Mungkin juga keramahan keluarga Kesultanan Pahang semasa menyantuni rakyat Sarawak ketika Kembara Jelajah Borneo dari Sabah sehingga ke Telok Melano.

KEGEMARAN

Menerusi rangkuman video yang diperoleh, beberapa soalan diajukan kepada Tengku Hassanal dan boleh disimpulkan sebagai “info penting”.

Warna kegemaran Tengku Hassanal ialah biru, manakala makanan kesukaannya di Sarawak ialah mi kolok.

Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah lahir pada 17 September 1995, merupakan anak keenam daripada 10 adikberadik.

Tengku Hassanal Shah memulakan pendidikannya di Sekolah Rendah St Thomas dari 2002 hingga 2004 dan seterusnya di Sekolah Rendah Sherburne, United Kingdom pada 2005 hingga 2007.

Kemudian melanjutkan pengajian ke Sekolah Menengah St Thomas pada 2007 hingga 2012 dan University of Nottingham selepas itu.

Pada Mei 2018, Tengku Hassanal menamatkan pengajiannya di Geneva School of Diplomacy and International Relations di Switzerland dengan memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Hubungan Antarabangsa.

LATIHAN TENTERA

Tengku Hassanal berjaya menamatkan tempoh latihan ketenteraan di Akademi Tentera Diraja Sandhurst di United Kingdom selama setahun.

Pada 13 September 2022, Tengku Hassanal kemudiannya melanjutkan pengajian pascasiswazahnya di Lee Kuan Yew School of Public Policy, National University of Singapore.

Tengku Hassanal Shah diputerakan dalam sebuah kerabat bangsawan yang merupakan kerabat diraja Pahang (ayahanda) dan Johor (bonda).

Baginda merupakan cucunda kepada Sultan Pahang Moden kelima, Almarhum Sultan Ahmad Shah dan Almarhumah Tengku Ampuan Afzan.

Dari sebelah bondanya pula, Tengku Hassanal merupakan cucunda kepada Sultan Johor Moden keempat, Almarhum Sultan Iskandar dan Almarhumah Enche’ Besar Hajah Khalsom.

Tengku Hassanal juga merupakan anakanda saudara kepada Sultan Johor terkini, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Tengku Hassanal diisytiharkan sebagai Tengku Panglima Besar Pahang pada 18 Jun 2018.

Berikutan ayahanda baginda menaiki takhta sebagai Sultan Pahang yang keenam, Tengku Hassanal dilantik menjadi Tengku Mahkota Pahang pada 22 Januari 2019 dan dimasyhurkan pada 29 Januari 2019.

LAIN-LAIN BERITA

Perempuan hidup lebih lama

SEKIRANYA bayi anda lahir pada 2021, 2022 dan 2023, secara purata dijangka hidup sehingga 74.0 tahun, 73.8 tahun dan 74.8 tahun. Ia bedasarkan Jadual Hayat

Pembangunan fizikal luar bandar jadi keutamaan

MEMANDANGKAN Sarawak wilayah terbesar di Malaysia, ia menjadi cabaran pembangunan untuk rakyatnya menikmati kemajuan. Kawasan luar bandar memerlukan kemajuan dari segi pembangunan fi zikal terlebih

Percepat penurunan kuasa

SECARA asas, sistem pembahagian kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri meliputi perundangan dan pemerintahan. Tujuannya untuk melicinkan urus tadbir. Di bawah Senarai Persekutuan, ia meliputi

Beli rumah atau sewa?

TAK PERLU BELI RUMAH, ia membebankan, lebih baik kita sewa sahaja. Demikian, antara kata-kata yang sering kali kita dengar daripada segelintir masyarakat yang sangat takut

ASRAMAKU RUMAHKU

ASRAMA bagi sekolah rendah dan menengah di kawasan luar bandar amat penting untuk pelajar. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Seri Fatimah Abdullah

Sentiasa utamakan SARAWAK

TANGGAL 13 Januari 2017, merupakan tarikh bersejarah buat negeri Sarawak apabila Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dilantik menjadi Ketua Menteri Sarawak selepas

BERITA TERBARU

Sarawak begunaka otonomi pengerai

SADONG JAYA: Sarawak agi tubah begunaka mesin mamogram ngambi tetangkupka pemayuh tubuh pesakit riman tusu di nengeri tu. Sapit Premier Sarawak, Datuk Amar Profesor Dr

Rebak baru diperansang bekebun lada

BETONG: Nembiak rebak baru diperansang ngaul diri dalam pengawa bekebun kelebih agi nanam lada. Sapit Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas madahka menua tu

Asil lada belipat ngena teknologi baru

BETONG: Industri lada di nengeri tu disikap menyana ngambi ulih nerima ubah pemansang enggau teknologi baru, ku Sapit Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.