ARTIKEL

Dendang nurani malam bersama Palestin

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

DEWAN Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak (DBPCS) menganjurkan persembahan Dendang Nurani-Malam Bersama Palestin di Balai Budaya sebagai tanda laungan keadilan sisi kemanusia, barubaru ini.

Acara sempena Festival Jiwa Bangsa 2024 itu dijayakan dengan kerjasama pendeklamasi serta pelakon pentas tersohor tempatan.

Menurut penulis skrip Jaafar Hamdan, acara tersebut terinspirasi daripada suasana yang seakan-akan tiada kesudahan — perang di Palestin bagi menceritakan makna sebuah perjuangan.

Beliau yang juga Timbalan Pengarah DBPCS berkata, tempoh persediaan bagi para peserta membuat persembahan hanya lebih kurang sebulan setengah (43 hari).

“Pertemuan Ketua Pengarah DBP, Dr. Hazami Jahari dan Pengarah DBPCS, Abang Haliman Abang Julai dengan Yang Dipertua Majlis Islam, Datuk Misnu Taha mengutarakan agar Dendang Nurani dihidupkan semula. 

“Sebelum ini, ia diketengahkan sebagai ruang persembahan yang membawa isu kemanusiaan.

Jadi kali ini menjurus dan mengarah isu Palestin,” jelasnya Ujar Jaafar, ia selaras dengan objektif utamanya untuk menjadikan Dendang Nurani sebagai persembahan yang membawa makna kepada falsafah kemanusiaan itu sendiri.

CABARAN DANA

Bagaimanapun, Jaafar berkata, sebagai sebuah persembahan, pihaknya berdepan cabaran dana atau peruntukan.

“Ini kerana, untuk menghasilkan persembahan berkualiti memerlukan perbelanjaan yang tinggi, katanya. 

Selain itu, jelasnya, isu yang relevan dengan falsafah kehidupan dan kemanusiaan itu juga menjadi cabaran.

“Isu itu sendiri selalunya disalah erti atau ditafsir dalam pemaknaan yang keliru, walhal antara baik dan tidak baik itu jelas, tetapi kerana hal yang menyempitnya, maka sukar untuk kita nyatakan dengan langsung dan objektif,” katanya kepada pemberita.

Melalui persembahan ini, jelas Jaafar, pihaknya berharap masyarakat khususnya di Sarawak yang mempunyai pelbagai bangsa dan agama, memahami betapa kedamaian, keamanan serta kesepakatan selama ini perlu diperteguh dan diperkukuh.

“Sarawak memerlukan lebih banyak kegiatan berbentuk seni persembahan terutamanya dalam memberi pemahaman kepada masyarakat tentang polisi dan gagasan kerajaan negeri.

“Masyarakat memerlukan apresiasi setiap perubahan dan pemodenan untuk memahaminya.

“Pembangunan fi zikal sahaja tidak menjamin kelangsungan kemajuan, masyarakat juga memerlukan pembangunan pemikiran dan intelektualan.

“Salah satu kaedahnya adalah dengan menghayati seni persembahan yang tersirat dengan falsafah, wawasan dan gagasan,” katanya. 

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan PersekutuanNegeri), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

Pengarah DBPCS, Abang Haliman Abang Julai, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak, Datuk Abang Abdul Wahab Abang Julai, wakil Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang, Dr. Hasnalee Tuba dan Timbalan Pengarah Dewan Bandar raya Kuching Utara, Ruzaimir Malek turut hadir

BERITA LAIN

Tarikan lampu raya Bang Man

KUCHING: Beberapa tahun lalu, apabila Abdul Rahman Othman mula membeli lampu hiasan untuk menghiasi rumahnya pada sambutan Hari Raya Aidilfitri, beliau tidak pernah membayangkan lampu

Tarikan air terjun Belaga

LOKASI yang jauh di pedalaman menjadikan Belaga sebagai destinasi yang penuh dengan hidupan flora dan fauna terpelihara. Antara tarikan yang menjadi tumpuan di Belaga adalah

Tidak mudah basi

Ia melibatkan kuantiti besar dengan ribuan batang lemang terjual selain turut beroperasi di kediaman sendiri di Kampung Tupong. “Seperti kebiasaan, kami juga menjalankan operasi jualan

BERITA TERBARU

Umat Islam puasa Ramadan dua kali pada tahun 2030

Kalendar Hijriah Islam dihitung berdasar putaran bulan, manakala kalendar Gregorian atau Masehi dikira berdasar perjalanan bumi mengelilingi matahari. Justeru, ini menyebabkan umat Muslim berpuasa 36