ARTIKEL

Dengar keluhan rakyat, bincang soal pembangunan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KANOWIT: Kunjungan Hari Krismas dimanfaatkan oleh ADUN Ngemah Anyi Jana untuk mendekatkan diri dengan rakyat di kawasannya di samping mendengar sendiri masalah mereka.

Kehadiran beliau bukan sekadar mengucapkan Selamat Hari Krismas atau mengeratkan silaturahim tetapi lebih kepada mendengar nadi rakyat.

Semalam beliau serta rombongannya telah mengadakan ‘Ngabang’ sempena sambutan Hari Krismas di rumah-rumah panjang di kawasan DUN Ngemah antaranya di Rumah Jawa Jakin, Pedai Tengah di sini.

Program ini disusun bukan sahaja untuk menziarahi sempena krismas tetapi juga antara inisiatif diambil Anyi untuk bertemu rakyat dan berbincang soal pembangunan kawasan beliau di mana rakyat boleh berjumpa terus dan mengutarakan masalah mereka di lapangan.

Semasa kunjungan itu, Tuai Rumah Jawa telah mengutarakan permasalahan berkaitan air bersih di kawasan beliau untuk tindakan pihak berkuasa khasnya untuk perhatian wakil rakyat setempat.

Turut serta dalam kunjungan itu iala Penghulu Lembat Atau serta Tuai-tuai Rumah kawasan Jih, Tuah, Bawan dan Pedai.

LAIN-LAIN BERITA

Cubaan tiga lelaki curi kereta gagal

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden gagal apabila diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong, pada malam Selasa. Pemangku

BERITA TERBARU