ARTIKEL

Denmark juara lagi perseorangan lelaki Terbuka Malaysia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

DENMARK mengekalkan mahkota perseorangan lelaki Terbuka Malaysia selepas Anders Antonsen muncul juara, selepas juara bertahan Viktor Axelsen terkandas di separuh akhir.

Antonsen, pemain di ranking kesembilan dunia, menewaskan Shi Yu Qi dari China dalam pertarungan mudah 21-14, 21-13 dalam perlawanan akhir di Axiata Arena, Bukit Jalil, yang merupakan satu kemenangan besar dalam kerjaya badmintonnya.

Kemenangan terbesar Antonsen sebelum ini ialah memenangi gelaran Jelajah Akhir Dunia 2020, yang juga merupakan kejohanan Super 1000, menewaskan rakan senegara Axelsen, selain satu pingat perak dan dua gangsa dalam Kejohanan Dunia.

Juara Terbuka Malaysia membawa pulang pingat, piala dan hadiah wang tunai US$91,000 (kira-kira RM422,877), manakala Yu Qi menerima US$44,200 (kira-kira RM205,397) berserta pingat dan piala.

Bercakap kepada pemberita, Antonsen menyifatkan kejayaan diraih hari ini merupakan detik bersejarah dalam hidupnya.

“Perasaan yang luar biasa, saya masih terkejut. Set pertama berlangsung sangat baik tapi set kedua penuh dengan debaran, bukan yang terbaik, saya juga bukan dalam keadaan terbaik ketika itu dan rasa terlalu lama untuk menamatkan perlawanan.

“Saya tidak sangka (menang mudah) dengan lawan sebegini.

Ternyata ia merupakan perlawanan sukar buat beliau di set kedua dengan gangguan angin, jadi penting untuk saya menguasai set pertama,” katanya.

Mengenai sambutan bagi meraikan kejayaannya, Antonsen berkata beliau akan menikmati ‘makan besar’ pada malam ini kemungkinan menjamu selera dengan burger, piza, santapan mewah atau mencari makanan tempatan.

Antonsen mara ke final selepas mengetepikan wakil Taiwan, Lin Chun Yi 21-16, 21-17 manakala Yu Qi menyingkirkan Axelsen 21-12, 19-21, 21-17 dalam aksi separuh akhir semalam.

Sementara itu, Yu Qi mengakui pemain Denmark itu bermain dengan lebih baik berbanding dirinya.

“Antonsen melakukan persiapan lebih baik dari saya. Beliau juga mempunyai kemahiran dan taktik yang baik,” katanya. – Bernama

LAIN-LAIN BERITA

Enam perlawanan ujian awal sri kandi Sarawak

KUCHING: Ketua jurulatih skuad bola sepak wanita, Suffian Ibrahim menegaskan enam perlawanan persahabatan bakal diharungi barisan pemain yang berada dalam skuad bayangan ketika ini. Tiga

BERITA TERBARU

Koleksi peribadi Elton John dilelong

NEW YORK: Hampir AS$100,000 kasut perak monogram Elton John dan sekitar AS$2 juta untuk lukisan kembar tiga oleh artis jalanan Banksy daripada koleksinya, iaitu barangan

Sasaran perdagangan, pelaburan dapat dicapai

KUALA LUMPUR: Kerajaan optimis sasaran perdagangan dan pelaburan yang ditetapkan untuk tahun ini dapat dicapai meskipun penyusutan nilai semasa ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS),

Daiyan Trisha, Hun Haqeem curi perhatian

PERKONGSIAN selebriti, Daiyan Trisha dan Hun Haqeem di media sosial mencuri perhatian rakan selebriti dan peminat.  Daiyan, menerusi video yang dimuat naik di Instagram dilihat

KONGSI PENGETAHUAN, PENGALAMAN

KUNJUNGAN hormat Pengarah Ikmas, Hanifuddin Roslan ke Pusat Penerangan Islam (IIC) disambut baik oleh Ketua Pegawai Eksekutif IIC, Dr. Asmah Othman. Pengurus Bahagian Penyelidikan dan