ARTIKEL

FORUM... Abang Johari ketika menghadiri Forum Teknologi Hidrogen Eropah Tengah di Poznan, Poland.

Depani cabaran iklim global: Sarawak komited bangun tenaga boleh diperbaharui, nyahkarbon – Abang Johari

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

POZNAN: Ketika dunia menghadapi ancaman alam sekitar, Sarawak mengetengahkan komitmennya terhadap tenaga boleh diperbaharui dan penyahkarbonan bagi memerangi cabaran iklim global, kata Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.


Beliau berkata, inisiatif dan rancangan Sarawak bertujuan meningkatkan sekuriti tenaga dan kelestarian alam sekitar serta berkongsi pandangan mendalam berkaitan strategi proaktif Sarawak dalam memerangi cabaran iklim global.


“Tahun 2023 disenaraikan tahun paling panas dalam sejarah. Di bawah Perjanjian Paris, had suhu meningkat di bawah 1.5 darjah Celsius penting, namun mencabar.


“Selepas pandemik COVID-19 melanda, Kerajaan Sarawak melancarkan Strategi Pembangunan Pasca-COVID-19 (PCDS) 2030 yang turut memberi tumpuan kepada kelestarian alam sekitar,” katanya.


Beliau berkata demikian pada Forum Teknologi Hidrogen Eropah Tengah di Poznan, Poland.


Dalam pada itu, Premier memberitahu, Sarawak bernasib baik kerana dianugerahkan dengan kekayaan sumber iaitu gabungan tenaga hidro, solar dan biojisim.


“Kepelbagaian sumber tenagaini membolehkan Sarawak mampu menghasilkan tenaga hidrogen mampu milik, malah kerajaan negeri memulakan pelan hala tuju untuk memperkenalkan hidrogen sebagai sumber kuasa utama,” ujarnya.


Hadir sama Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Duta Besar Malaysia ke Poland Datuk Chitra Devi Ramiah dan Marshall Wilayah Wielkopolska, Marek Wozniak.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Bejimat pulai ke menua maya pemisi Gawai

KOTA SAMARAHAN: Sepenyampau 66 ketapu pengelikun udah disua ngagai mensia mayuh nyengkaum ketapu pengelikun ungkup nembiak mit ba jalai Palan Bedaja Kaunsil Mengeri Kota Samarahan