Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Depo Bencana baharu bakal dibina di Miri, Sibu

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Ketua Pengarah JKMM, Datuk Shaharuddin Abu Sohot (tiga kiri) menyerahkan dokumen lawatan kepada Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) Datuk Seri Fatimah Abdullah

KUCHING: Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM) bersetuju untuk menambah dua buah pusat depo di Sarawak bagi memastikan bantuan keperluan bencana alam dapat diselenggara secara berpusat.

Ketua Pengarahnya, Datuk Shaharuddin Abu Sohot berkata, depo baharu tersebut dalam perancangan untuk ditubuhkan, masing-masing di Sibu dan Miri.

“Secara dasarnya, kita telah bersetuju dengan cadangan penubuhan depo-depo di tempat tertentu mengikut keperluan.

“Untuk tambahan baharu nanti, kita akan fokus di bahagian Sibu dan juga Miri,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media susulan lawatan JKMM ke Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) di Baitulmakmur II, di sini, hari ini.

Katanya, rancangan penubuhan depo baharu di kawasan terbabit bertujuan mengurangkan kos pemindahan barangan keperluan dari pusat depo sedia ada (Kuching) ke pusat kawalan sementara ke bahagian Sarawak yang lain.

“Umum mengetahui jarak perjalanan Kuching ke bahagian utara memerlukan masa lebih kurang 12 jam, jadi dengan adanya depo bencana baharu di bahagian utara tidak menjadi masalah bagi kita menghadapi bencana terutamanya banjir.

Ditanya mengenai bila rancangan tersebut terlaksana, Shaharuddin menegaskan akan berusaha membentangkan cadangan tersebut pada pembentangan kewangan tahunan JKMM 2023 kelak.

 

E-Paper

21 Mac 2023

Latest News