ARTIKEL

Depot MPS ditutup serta-merta, semua kakitangan perbandaran wajib jalani calitan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Depot Majlis Perbandaran Sibu (MPS) yang menempatkan bahagian kerja raya di Jalan Teng Chin Hua di sini ditutup serta-merta petang tadi.
Pengerusi MPS Kaunselor Clarence Ting Ing Horh berkata, ini susulan kakitangannya disahkan positif Covid-19 hari ini.
“Dimaklumkan bahawa seorang kakitangan di Depot MPS disahkan positif.
“Pematuhan prosedur operasi standard (SOP) telah dipratikkan di Depot MPS bagi dipatuhi semua kakitangan sebelum ini,” katanya sebentar tadi.
Ting berkata, susulan itu seluruh kakitangan yang ditempatkan di Depot MPS itu diarahkan menjalani ujian saringan PCR Covid-19 dengan segera.
Menurutnya lagi, kesemua mereka sudah diarahkan berbuat demikian dan wajib membuat saringan.
“Sekiranya gagal, tindakan akan diambil dan MPS juga akan melaporkan mana-mana kakitangan yang gagal membuat pemeriksaan kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan,” tegas Ting.
Beliau memberitahu, Depot MPS itu akan ditutup sehingga kerja nyahkuman.
“MPS akan mengatur semula kerja pensanitasi nyahkuman di depot itu bagi melindungi kesihatan dan keselamatan kakitangan dan masyarakat kita,” ujar beliau.
Ting menjelaskan bahawa kerja pensanitasi nyahkuman telahpun dijalankan semalam di Depot MPS itu.
Susulan itu, ujar beliau, satu lagi kerja-kerja pensanitasi nyahkuman akan diadakan semula di Depot MPS itu.

BERITA LAIN

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya

BERITA TERBARU

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya