ARTIKEL

Derma darah bergerak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Faktor yang paling penting, ia membantu memberikan manfaat kesihatan kepada penderma. 

Derma darah dapat membantu menjaga kesihatan jantung dan mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular serta kanser. 

Bagaimanapun, bukan semua individu layak menderma darah kerana ia mempunyai beberapa syarat yang mesti dipenuhi. 

Setiap individu yang sihat, berumur antara 17 hingga 60 tahun dan mempunyai berat badan sekurang-kurangnya 45 kilogram layak untuk menderma.

 Namun, terdapat beberapa syarat tambahan yang perlu dipatuhi untuk memastikan keselamatan penderma dan penerima. 

Antaranya, tidak mempunyai penyakit kronik, tidak mengambil ubat-ubatan tertentu dan tidak terlibat dalam aktiviti berisiko.

KESEDARAN

Sempena sambutan Hari Derma Darah Sedunia, pelbagai aktiviti dapat dilakukan melalui kerjasama serta sokongan daripada agensi berkaitan dan orang ramai dalam meningkatkan kesedaran kebaikan derma darah. 

Pertubuhan sosial juga memainkan peranan penting dalam menggalakkan penglibatan masyarakat setempat untuk menderma darah, sekali gus meningkatkan bekalan darah di hospital untuk kegunaan orang ramai yang memerlukan. 

Datuk Bandar Miri, Adam Yii Siew Sang berkata, beliau gembira melihat penduduk di bandar raya Miri sentiasa aktif dalam aktiviti menderma darah dan menyokong penuh aktiviti amal ini bagi membolehkan tabung darah Hospital Miri mempunyai bekalan darah mencukupi. 

“Tabung darah Hospital Miri dan Persatuan Bulan Sabit Merah Cawangan (MRC) Miri sentiasa bekerjasama dengan pertubuhan sosial dengan mengorbankan masa rehat hujung minggu mereka untuk mengadakan aktiviti derma darah bergerak.

“Miri boleh mencapai prestasi cemerlang dalam aktiviti menderma darah serta memastikan pihak hospital mendapatkan bekalan darah mencukupi dengan sokongan dan dedikasi seluruh rakyat di bandar raya ini,” katanya ketika berucap semasa perasmian Kempen Derma Darah Miri Mayfest 2024 anjuran Kelab Lions Batu Niah bersempena dengan Sambutan Hari Banda Raya Miri baru-baru ini. 

Sementara itu, Presiden Kelab Lions Batu Niah, Andy Jong Wan Joon berlata, kempen yang dianjurkan itu merupakan sebahagian daripada aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka untuk membantu tabung darah Hospital Miri mendapatkan bekalan darah mencukupi bagi memenuhi permintaan. 

“Kempen ini bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai tentang keperluan menderma darah kerana bekalan mencukupi di hospital merupakan komponen utama sistem kesihatan yang berkesan. 

“Melalui kempen seperti ini, kita semua dapat membantu menyelamatkan nyawa pesakit dengan menderma darah dan menggalakkan orang lain untuk berbuat sedemikian juga,” ujarnya. 

BANTU GOLONGAN MEMERLUKAN 

Di samping itu, orang ramai juga memberikan respons positif ke atas kempen derma darah ini yang dikatakan memberikan manfaat kepada penderma dan penerimanya.

Liliana Sheryn Rogene, 25, amat mengagumi individu yang berani menderma darah setiap kali ada peluang kerana mereka menyelamatkan nyawa dan memberi harapan baharu kepada penerima.

“Secara peribadi, saya belum pernah menderma darah kerana saya takut jarum suntikan, namun saya berhasrat untuk mencuba pada masa hadapan bagi membantu mereka yang memerlukan. 

“Kempen derma darah ini bukan sahaja membantu menambah stok darah di hospital, tetapi juga meningkatkan kesedaran orang ramai tentang pentingnya menderma darah. 

“Justeru, kepada para penderma di luar sana, saya sejujurnya amat mengagumi anda semua yang menjadi hero menyelamatkan banyak nyawa, dan saya berharap agar usaha sedemikian diteruskan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat di luar sana,” ujarnya. 

Sementara itu, Gloria Bong Hui Ling, 25, menyatakan keinginannya untuk menderma darah sejak sekian lama kerana niatnya untuk membantu golongan yang memerlukan. 

“Saya belum pernah menderma darah kerana saya belum membuat pemeriksaan badan secara menyeluruh dan tidak pasti sama ada saya sesuai untuk menderma atau tidak. 

“Saya berharap suatu hari nanti saya berpeluang menderma darah bagi membantu pesakit yang memerlukan darah tambahan,” jelasnya. 

Bagi Dara Linda Gabriel, 25 pula, dia juga belum berkesempatan untuk menderma darah kerana kurangnya pendedahan manfaat yang bakal diperoleh melalui aktiviti tersebut. 

“Setakat ini saya masih belum berhasrat untuk menderma darah kerana saya memerlukan lebih banyak maklumat manfaat serta kesan yang bakal dilalui selepas menderma darah. 

“Sekiranya saya sudah mempunyai banyak pengetahuan serta tiada sebarang halangan untuk menderma, saya akan turut serta bagi membantu mereka yang memerlukan,” katanya lagi.

BERITA LAIN

Jaga aib diri, orang lain

MENJAGA aib sesama manusia menjadi tanggungjawab yang dianjurkan dalam Islam. Pentingnya perbuatan menahan diri daripada mengumpat dan mencari kesalahan orang lain. Allah SWT juga memberikan

Bentuk peribadi pelajar

BARU-BARU INI, Mukhayyam Dakhili Tunas Kadet Remaja Sekolah Musleh (TKRSM) bagi murid Tahun 4 berlangsung dengan jayanya di Sekolah Rendah Islam Al-Amin Kota Samarahan. Program

Wanita 66 tahun bersaing Ratu Cantik

“Usia bukan penghalang, saya sentiasa ingin mencuba untuk menyertai dunia ratu cantik kerana ia sesuatu yang sangat inklusif. Saya tidak pernah lupa tentang warisan budaya

Buang stigma masyarakat

“MENERUSI program ini, ia boleh memberi kepercayaan kepada ibu bapa. “Jadi, kepada mereka yang mempunyai anak autisme, jangan risau, sentiasa ada caranya untuk menangani mereka,”

BERITA TERBARU

Penganjuran Samarahan Family Fun Run promosikan ART

KOTA SAMARAHAN: Dalam usaha mempromosikan Transit Aliran Automasi (ART), acara ‘Samarahan Family Fun Run 2024’ bakal dianjurkan bagi memberikan kesedaran kepada orang ramai menggunakan perkhidmatan