ARTIKEL

Derma darah beri peluang terus hidup

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Menderma darah pada waktu pandemik Covid-19 bukan sahaja membuktikan keberanian seseorang dalam membantu masyarakat lain malah ia juga dapat memberi peluang kepada seseorang individu untuk terus hidup.

Adun Batu Kitang Ir Lo Khere Chiang berkata, orang ramai tidak perlu risau menderma darah kerana penyelidikan menunjukkan bahawa wabak Covid-19 ini tidak akan tersebar melalui derma darah dan pemindahan darah terutamanya di bawah Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat.

“Oleh itu, menderma darah merupakan amalan mulia yang boleh membantu orang lain atau mungkin ia juga dapat membantu saudara terdekat, rakan dan orang tersayang atau diri sendiri.

DERMA DARAH… Lo Khere Chiang (tengah) melancarkan Program Blood Donation Drive yang dianjurkan oleh HERO dan Hospital Umum Sarawak

“Dalam menderma darah, kekuatan fizikal bukan menjadi syarat untuk seseorang menderma tetapi semangat yang tidak pernah padam dan semangat dalam membantu masyarakat adalah syarat yang diperlukan,” katanya ketika melancarkan Program Blood Donation Drive yang dianjurkan oleh HERO dengan Kerjasama Hospital Umum Sarawak (HUS) bertempat di CityOne pada Ahad.

Khere Chiang berkata, beliau berterima kasih kepada penganjur dan penaja atas usaha mereka untuk melaksanakan program derma darah walaupun berhadapan dengan pandemik Covid-19.

Baca lain  Bekalan eletrik di kebanyakan kawasan dilanda banjir di utara China kembali pulih

“Walaupun Daerah Kuching berada di zon merah pada masa ini dan dengan peningkatan jumlah yang baharu dijangkiti dalam menghadapi gelombang pandemik Covid-19, namun jumlah penderma darah semalam amat memberangsangkan.

“Saya berasa amat bangga terhadap individu yang sanggup menderma darah dan perbuatan baik ini telah menjadikan seluruh masyarakat dapat bersyukur atas banyak perkara dalam kehidupan mereka,” jelasnya.

Khere Chiang turut menyatakan bahawa beliau telah mengambil bahagian dalam derma darah sejak 25 tahun yang lalu dan semua perlu melihat usaha ini dalam membantu masyarakat luar kerana tidak semua orang layak untuk melakukan derma darah.

Oleh itu, beliau ingin menyeru kepada anak muda, organisasi belia dan syarikat korporat yang melaksanakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) untuk turut serta dalam melaksanakan program seperti ini untuk menampung keperluan darah setiap hari.

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Thailand perlu pertimbang pindahkan ibu negara

BANGKOK: Thailand mungkin perlu mempertimbangkan untuk memindahkan ibu negaranya, Bangkok kerana paras air laut yang semakin meningkat, kata seorang pegawai kanan di pejabat perubahan iklim

Garuda mendarat cemas akibat kebakaran enjin

HANOI: Sebuah pesawat yang membawa 468 penumpang dari Indonesia ke Arab Saudi melakukan pendaratan cemas pada Rabu lalu, susulan kebakaran enjin, menurut syarikat penerbangan Garuda

Biden, Trump setuju untuk dua sesi debat

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden dan bekas Presiden Donald Trump bersetuju untuk mengadakan dua debat presiden pada Jun dan September ini sebagai sebahagian

BERITA TERBARU