HSL berbuka puasa bersama pengamal media di Sarawak.

Derma darah menjelang sambutan Hari Polis ke-216

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
LAWAT... Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri (tengah) melawat salah seorang pegawai Polis yang sedang menjalani proses derma darah di Mes Pegawai Kanan IPK Sarawak. GAMBAR: ALIFF NONI
LAWAT… Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri (tengah) melawat salah seorang pegawai Polis yang sedang menjalani proses derma darah di Mes Pegawai Kanan IPK Sarawak. GAMBAR: ALIFF NONI

KUCHING: Warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sarawak digalakkan untuk menyokong aktiviti derma darah yang menjadi tanggungjawab masyarakat dalam membantu usaha Tabung Darah Negara menampung keperluan dengan secukupnya.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri menegaskan, kerjasama antara Hospital Umum Sarawak bersama-sama Polis Sarawak dalam anjuran derma darah tidak pernah menghampakan.

“Kempen derma darah ini merupakan acara tahunan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak yang diadakan sempena sambutan Hari Polis ke-216.

“Kita sedia maklum program derma darah seperti ini amat dialu-alukan oleh pihak Hospital kerana dengan menderma darah kita mungkin dapat menyelamatkan nyawa orang lain yang memerlukan.

“Saya amat berharap agar program seumpama ini dapat diadakan sekerap mungkin bagi membantu golongan yang memerlukan,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Program Derma Darah sempena sambutan peringatan Hari Polis ke-216 di Dewan Mes Pegawai Kanan IPK Sarawak, hari ini.

Program berlangsung seawal jam 8 pagi menyaksikan seramai 100 penderma terpilih terdiri daripada warga PDRM Sarawak.

Turut hadir, Ketua Jabatan Perkhidmatan Transfusi dan Bank Darah Hospital Umum Sarawak Dr Mohammad Masrin Md Zahrin, Ketua Jabatan Cawangan Khas Asisten Komisioner Kanan (SAC) Taufik Toh Abdullah, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kontinjen Sarawak SAC Lukas Aket, dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Sarawak, SAC Wong Ing Fung.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

30 Mac 2023

Berita Terbaru