ARTIKEL

Gambar dari X/Bernama

Detik cemas tayar depan pesawat latihan tertanggal ketika mendarat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MELAKA: Tayar depan sebuah pesawat latihan jenis Piper PA-28-181 dilaporkan tertanggal dipercayai akibat gagal mendarat dengan baik di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) di sini, petang semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) Datuk Kapten Norazman Mahmud berkata tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian pada 3.07 petang itu.

“Pesawat latihan dengan nombor pendaftaran 9M-ITX yang dikendalikan oleh International Aero Training Academy (IATAC) itu dipercayai gagal mendarat dengan baik hingga menyebabkan tayar hadapannya tertanggal.

“Insiden ini melibatkan seorang juruterbang pelatih dan beliau dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata pesawat ringan berkenaan telah dialihkan dari landasan pada 3.35 petang dan dibawa ke hangar berhampiran untuk pemeriksaan lanjut.

Menurutnya lapangan terbang itu kembali beroperasi pada 4.12 petang selepas semua pemeriksaan keselamatan selesai dilakukan.

“Siasatan lanjut akan dilaksanakan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara di bawah Kementerian Pengangkutan mengikut Bahagian XXVI Peraturan-peraturan Penerbangan Awam 2016,” katanya.

Baca lain  KPT bantu urus bawa pulang jenazah dua pelajar Malaysia maut di New Zealand

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit mengesahkan menerima laporan berkaitan insiden tersebut petang tadi.

Bagaimanapun, katanya tiada siasatan dibuka oleh polis dan kes berkenaan dirujuk ke agensi berkaitan.– BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Hina Premier Sarawak, tiga Setiausaha lapor polis

KUCHING: Tiga Setiausaha kepada Premier Sarawak bertindak membuat laporan polis berhubung kes dipercayai menfitnah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg oleh