Resepi DEBM menyakiti hati dari menantu yang tersakiti

Detik penentu juara Miri, Serian petang esok

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
MILIK SIAPA…Ketua pasukan Serian FA, Zaifudin Seruji (tiga kanan) dan ketua pasukan Miri FA, Harith Danielle Abdullah (tiga kiri) menjulang piala pusingan sambil diperhati pegawai serta jurulatih masing-masing. – FOTO FAIZAL BUJANG  

 

TAJAAN…Nicol Agoi (tiga kanan) menerima piala tajaan Lea Sports Centre.

KUCHING: Perlawanan akhir Liga Bola Sepak Bawah 20 Tahun SSC/FAS 2022 di Stadium Negeri, Petra Jaya petang esok menjanjikan aksi yang cukup dramatik.

Bermula misi pemburuan gelaran juara buat dua pasukan yang akan berentap di pentas final iaitu Miri FA dan Serian FA, sekali gus memperlihatkan strategi yang akan diguna pakai dua jurulatih berbeza persepsinya.

Mohd. Hakimi Man, ketua jurulatih Miri FA yang sudah menyediakan pelan khas untuk anak-anak buahnya bagi mengharungi aksi penentu hala tuju pasukannya petang esok.

“Kita cukup bersedia untuk mengharungi perlawanan akhir petang esok.

“Misi untuk kami mencipta kejutan dan saya berharap pelan yang akan diguna pakai menjadi,” ujar Hakimi pada sidang media ringkas selesai majlis penyerahan piala tajaan Lea Sports Centre di pusat beli belah Sarawak Plaza, sebentar tadi.

Tegas Hakimi, beliau tidak mahu menyaksikan perlawanan akhir petang esok diheret ke masa tambahan, sebaliknya mahu anak-anak buahnya memuktamadkan tugas sepanjang tempoh 90 minit

Pengurus Serian FA, Md. Haical Abdullah mengakui, jentera pasukan dikendalian Rockefller Sulau (ketua jurulatih) juga bersedia untuk berdepan Miri FA.

Menurut Haical, rekod pertemuan peringkat kumpulan dengan kemenangan (2-1) diperoleh Serian FA ke atas Miri FA sebelum ini tidak boleh dijadikan ukuran untuk mereka terus mencipta kemenangan.

“Aksi petang esok ibarat perlawanan ulangan. Walaupun, kami berjaya mengatasi Miri FA sebelum ini, saya percaya aksi petang esok amat berbeza,” tambah Haical.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

24 Mac 2023

Berita Terbaru

Bali rai Hari Nyepi

BALI: Pulau peranginan terkenal Indonesia, Bali kelihatan sunyi kerana penduduk