ARTIKEL

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M. Kulasegaran | BERNAMA

Dewan Negara luluskan tiga rang undang-undang hari ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Pindaan) 2023, Rang Undang-Undang Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah (Pindaan) 2023, dan Rang Undang-Undang Lembaga Lebuh Raya Malaysia (Pemerbadanan) (Pindaan) 2023. 

Rang undang-undang bagi meminda Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) 1999 diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas 11 Ahli Dewan Negara mengambil bahagian untuk membahaskannya.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M. Kulasegaran, semasa sesi penggulungan berkata pindaan kepada rang undang-undang itu bertujuan mengukuhkan SUHAKAM demi rakyat Malaysia.

Beliau berkata SUHAKAM tidak akan bertindak seperti badan penguat kuasa lain seperti Polis Diraja Malaysia atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang sememangnya diperuntuk dengan kuasa penguatkuasaan di bawah akta masing-masing.

“Sungguhpun SUHAKAM bukan agensi penguat kuasa serta tidak diperuntuk dengan kuasa penguatkuasaan, namun dalam melaksanakan fungsi dan kuasanya, SUHAKAM sentiasa bekerjasama dengan agensi kerajaan lain dalam hal berkaitan hak asasi manusia,” katanya. 
 
Kulasegaran juga memaklumkan, elaun anggota SUHAKAM akan ditentukan oleh Perdana Menteri dan diberi atas dasar bertugas secara separuh masa.

Baca lain  MOSTI cadang vaksin COVID-19 diberi percuma

“Ketika ini, Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri dalam proses menyediakan rangka elaun baharu untuk anggota SUHAKAM bagi dipertimbangkan oleh Kementerian Kewangan dan Jabatan Perkhidmatan Awam,” katanya. 

Mengenai rang undang-undang Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah pula, Kulasegaran berkata ia bertujuan menambah baik peruntukan Akta Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah 2002 (Akta 621) bagi memberikan bantuan bersama dalam perkara jenayah antara Malaysia dengan negara lain.

Beliau berkata rang undang-undang itu turut memperuntuk prosedur penerimaan sebagai keterangan di Mahkamah di bawah Seksyen 90F Akta Keterangan 1950 untuk menyelesaikan masalah memperoleh dokumen bagi kes domestik seperti transaksi kewangan di luar negara.

Sementara itu, Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan, ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Lembaga Lebuh Raya Malaysia (Pemerbadanan) (Pindaan) 2023 berkata ia bertujuan menyelaras, memperkemas serta memperkukuh fungsi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mengikut perkembangan dan keperluan terkini selain memberi kuasa kepada LLM untuk menjana pendapatan. — BERNAMA

BERITA LAIN

Longi laksana rancangan cantas ribuan pekerjaan

KUCHING: Beberapa hari lepas, Bloomberg melaporkan syarikat pembuatan solar terbesar di dunia dari China, Longi Green Energy Technology Co. Ltd, sedang berusaha untuk memberhentikan hampir

Bot LSS hilang ditemui di Sungai Selumit

TANJUNG MANIS: Sebuah bot milik Lembaga Sungai Sungai Sarawak (LSS) yang dilaporkan hilang di Terminal Tanjung Manis telah ditemui semula di Sungai Selumit dekat sini,

BERITA TERBARU