ARTIKEL

Kredit: Facebook Anwar Ibrahim

Dewan Rakyat: PM ingatkan Ahli Parlimen kerajaan jaga etika, kualiti perbahasan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua Ahli Parlimen kerajaan supaya menjaga tatasusila dan kualiti perbahasan mereka sepanjang persidangan Dewan Rakyat yang bermula esok.

Menerusi hantaran di Facebook, Perdana Menteri berkata, beliau menegaskan perkara itu ketika hadir pada sesi taklimat prapersidangan Dewan Rakyat bersama barisan Jemaah Menteri, Timbalan-Timbalan Menteri dan seluruh Ahli Parlimen Kerajaan Madani di Putrajaya hari ini.

“Ahli-Ahli Parlimen turut diberi taklimat berkaitan perjalanan Parlimen oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.

“Persidangan kali ini juga menjadi ruang kepada semua Ahli Parlimen menyentuh pelbagai isu semasa yang mendesak terutama membabitkan kepentingan rakyat,” katanya.

BERITA LAIN

Polis buru 10 ahli kumpulan jenayah terancang

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan 10 individu disyaki terlibat dalam kumpulan jenayah terancang yang terbabit dalam pelbagai kegiatan jenayah di sekitar Selangor. Pengarah Jabatan Siasatan

BERITA TERBARU

Projek pembangunan giat dijalankan di sekitar Debak

SARIBAS: Beberapa pembangunan di kawasan sekitar Daerah Kecil Debak telah dipergiat bagi memastikan kawasan tersebut terus menikmati kemajuan. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti