Dewan Suarah Kota Samarahan disanitasi

KOTA SAMARAHAN: Dewan Suarah Kota Samarahan di sini menjalani proses sanitasi semalam, sebagai langkah mencegah wabak Covid-19.

Ia adalah kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dari 1 Batalion Ubat Kem Muara Tuang.

Menurut Penolong Pegawai Perubatan Pusat Saringan Dewan Suarah Kota Samarahan Osman Buang, pusat saringan dan pandu lalu Covid-19 akan beroperasi di Klinik Kesihatan Kota Samarahan.

“Hasil inisiatif Pejabat Kesihatan Bahagian Samarahan, seramai 23 anggota daripada tiga agensi keselamatan dan kesihatan, termasuk pihak pengurusan Dewan Suarah melakukan proses sanitasi di Dewan Suarah ini,” katanya kepada Suara Sarawak semalam.

Pejabat Kesihatan Bahagian Samarahan ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak pengurusan Dewan Suarah Kota Samarahan dan semua agensi yang terlibat.

Operasi sanitasi tersebut dilakukan di sekitar Dewan Suarah untuk tempoh lebih empat jam, dari 8 pagi hingga 11.30 pagi.

Suara Sarawak