ARTIKEL

Dewan untuk penduduk Tellian Ulu siap

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Dewan Ameniti Kampung Tellian Ulu yang dinaik taraf di bawah projek RTP Adun Tellian Yussibnosh Balo siap sepenuhnya dan diserahkan kepada komunti setempat di pekarangan dewan itu, pada Isnin.

Penolong Jurutera JKR Mukah Faizol Hassim berkata, projek itu melibatkan naik taraf bumbung dewan dengan struktur yang lebih kukuh, menambah pagar keselamatan pada pintu dan tingkap dewan, penambahan satu blok baharu yang disambungkan dengan dewan dan beberapa naik taraf lain.

Menurutnya, kos untuk naik taraf dewan itu adalah sekitar RM100,000 dan bermula sejak September tahun lalu.

“Tempoh jaminan untuk naik taraf dewan ini adalah setahun. JKR sebagai badan pelaksana dan kontraktor berjaya menyiapkan projek ini mengikut tempoh yang ditetapkan,” katanya kepada Suara Sarawak.

Sementara itu, menurut Kr. Felix Pieng, sebelum ini bumbung dewan tersebut mengalami masalah kerosakan dan memerlukan pembaikan.

Jelasnya, kini blok bangunan tambahan untuk rumah wakaf bernilai RM200,000 juga sedang dalam proses pembinaan dan akan siap tidak lama lagi.

Penolong Jurutera JKR Shamsul Huzaini, wakil Syarikat Permata Jaya Mohamad Badrul Ziadi, Ketua Kampung
Bonaventure Juana Lumpuh dan Timbalan Pengerusi JKKK Tellian Ulu Samson Samti antara yang hadir.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU