Trending

Dewi Ahin tabah hadapi cabaran

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KANAK-KANAK tanpa status kewarganegaraan disebabkan beberapa faktor dan antara paling lazim ialah perkahwinan tidak didaftarkan.

Kisah ini dihadapi sendiri oleh Dewi Ahin, ia ditanggung oleh anak lelakinya sehingga dinafi kan pendidikan, penjagaan kesihatan, dan perkhidmatan kebajikan walaupun dilahirkan di Sarawak.

Dia berkongsi bahawa sebagai pasangan warganegara asing, dia tidak menyedari akibat tidak mendaftarkan perkahwinannya sebelum bersalin di Sarawak.

Ia mengakibatkan kedua-dua anak lelakinya tidak mempunyai status warganegara yang sah selama bertahun-tahun.

Wanita berusia 40 tahun dari Pontianak, Indonesia itu berkata, anak-anaknya dinafi kan hak dan akses kepada pendidikan, penjagaan kesihatan dan perkhidmatan kebajikan lain walaupun bapa mereka ialah rakyat Sarawak.

“Kami terpaksa mengeluarkan tambahan RM500 setiap bulan untuk membayar yuran sekolah kerajaan serta perbelanjaan lain.

Kami juga perlu membeli sendiri buku teks.”

“Saya tidak ingat berapa kali kami membuat permohonan secara rasmi serta melawat JPN untuk meminta bantuan sejak lima tahun lalu,” katanya.

Setelah lama menanti, akhirnya Dewi menarik nafas lega apabila dua anaknya yang berusia 7 dan 13 tahun menerima surat kelulusan kewarganegaraan.

Dia percaya kehidupan mereka menjadi lebih baik selepas anakanaknya diberikan taraf kewarganegaraan dan berharap untuk melancong ke luar negara pada masa hadapan.

SEDEKAD KEGIGIHAN

Manakala, bagi Liew Saw Khiuk, usahanya untuk mendapatkan kerakyatan memakan masa 10 tahun.

Bertindak sebagai penjaga kepada anak angkat abangnya, Liew Ye Siong, 14, dia mengharungi pelbagai cabaran dalam mengejar pengiktirafan.

“Walaupun dia (Ye Siong) anak angkat abang saya, saya jaga dia sejak bayi.

Selepas abang meninggal dunia, saya jadi penjaga dia.

“Kami menunggu status (kerakyatan) ini selama lebih 10 tahun, kami sangat gembira dan kehilangan kata-kata,” ujarnya.

Walaupun prosesnya agak lama, perjalanan masih perlu diteruskan biarpun terpaksa menghadapi pelbagai cabaran sementara menunggu kelulusan.

Namun, keazamannya kekal utuh demi mendapatkan haknya sebagai rakyat Sarawak.

Liew berkata, mereka memohon taraf kewarganegaraan sejak 2013 dan walaupun terdapat pelbagai cabaran dan kelewatan, mereka tidak pernah terfi kir untuk berputus asa.

Dia berkongsi bahawa keluarganya perlu membayar RM120 setahun untuk Ye Siong mendapatkan pendidikan Darjah Satu hingga Darjah Enam di sekolah kerajaan dan dia hampir tidak dapat melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah kerana statusnya.

“Mujur Sarawak memutuskan untuk mengeluarkan Dokumen Peribadi Sementara untuk Individu Tanpa Kewarganegaraan di Sarawak (DSITKS).

“Ia membolehkannya menyambung pelajaran,” katanya.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru