“DG takut mati” kenyataan mengejutkan

KUCHING: Kenyataan Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing tentang “DG takut mati” amat mengejutkan dan memalukan, kata Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan itu berkata dalam waktu yang sukar ini petugas barisan hadapan terutamanya dalam bidang perubatan telah melakukan usaha terbaik mereka.

“Apa yang telah dilakukan oleh beliau (King Sing), saya secara peribadi berasa ia suatu perkara yang tidak harus berlaku.

“Ini kerana dengan kedudukan beliau sebagai ahli politik, dan kita perlu menghormati mereka yang menjaga kesejahteraan kita selama ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini.

Suara Sarawak