ARTIKEL

Muhammad Dharmaraj Abdullah

Dharmaraj antara empat calon disenarai pendek kemudi ‘Speedy Tigers’

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Bekas jurulatih skuad kebangsaan, Muhammad Dharmaraj Abdullah, adalah antara empat calon disenarai pendek oleh Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) bagi mengisi jawatan ketua jurulatih baharu skuad hoki lelaki kebangsaan yang akan diumumkan selewat-lewatnya akhir bulan ini. 

Pengerusi Jawatankuasa Kejurulatihan KHM, Datuk Majid Manjit Abdullah berkata empat daripada 23 calon yang disenarai pendek itu akan melalui proses temu duga oleh jawatankuasa badan induk sukan berkenaan pada minggu ini.

Jawatankuasa tersebut akan mengesyorkan pemilihan jurulatih kepada MHC untuk membuat keputusan akhir.

MHC mencari ketua jurulatih baharu untuk pasukan lelaki selepas kontrak A. Arul Selvaraj tamat berikutan kemelut kelayakan ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Selain Dharmaraj, calon tempatan lain adalah Sarjit Singh dan dua calon jurulatih luar negara yang pernah menjadi pembantu Arul sebelum ini, iaitu Brendan Caralon dari Afrika Selatan dan Glenn Turner dari Australia.

Manjit memaklumkan perkara itu di sidang media di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil di sini pada Selasa.

Jurulatih baharu akan ditawarkan kontrak dua tahun selain kontrak lanjutan (dua tahun) dengan objektif utama skuad kebangsaan layak ke Sukan Olimpik 2028 di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Baca lain  Perbadanan Sukan Sarawak anjur tiga program

Dharmaraj, 54, ketika ini menggalas tanggungjawab sebagai Pengarah Teknikal Persatuan Hoki Indonesia dan pernah menjadi ketua jurulatih skuad lelaki negara pada awal 2014 sebelum direhatkan selepas berakhir saingan Sukan Komanwel Glasgow 2014.

Sebelum ke Indonesia, beliau mengemudi pasukan ‘Malaysian Tigress’ yang melakar sejarah apabila mereka muncul naib juara Pusingan Kedua Liga Hoki Wanita Dunia 2017 selain memastikan skuad remaja lelaki meraih tempat keempat pada Piala Dunia Remaja 2013.

Dharmaraj mula bersama pasukan hoki Wilayah Jawa Barat pada 2020 sebelum dilamar pasukan kebangsaan Indonesia pada Mac 2021. – BERNAMA

BERITA LAIN

Akademi GMP nadi bola sepak di Betong

USAHA menyediakan barisan pemain pelapis berbakat perlu bermula di peringkat akar umbi. Langkah itu penting kerana ia menjadi penyumbang utama di peringkat teras kepada pembangunan

Stadium mini Sambir lengkap lampu limpah

ASAJAYA: Kejohanan Piala Perpaduan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asajaya Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah dijangka berlangsung berlainan iaitu dimainkan pada sebelah malam. Itu

BERITA TERBARU

Komersialkan beras premium Ba’kelalan

LAWAS: Penjenamaan semula pembungkusan beras Adan bakal mengangkat nilai tanaman tradisional itu sebagai beras organik premium. Yang di-Pertua Dewan Negara, Senator Datuk Mutang Tagal, berkata

Doyoung NCT sah konsert solo pertama

PENYANYI, Kim Doyoung, 28 dari kumpulan NCT, bersedia mempamerkan persembahan solonya. SM Entertainment menerusi satu kenyataan memaklumkan, Doyoung bakal mengadakan konsert solo pertamanya selepas penerbitan

Kyrgyzstan sekat TikTok

BISHKEK: Wanita muda, Aku Sharsheeva, 22, berasa kecewa apabila gagal mengakses platform TikTok di studio fotografinya di ibu kota Kyrgyzstan minggu ini. “Tiada apa-apa yang