ARTIKEL

Diabetes jejaskan populasi di Afrika

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

NAIROBI: Diabetes menjejaskan populasi Afrika disebabkan oleh urbanisasi pesat, gaya hidup tidak aktif, tabiat pemakanan yang buruk dan ketagihan alkohol, menurut seorang pegawai kanan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Selasa semasa sambutan Hari Diabetes Sedunia.

Pengarah wilayah WHO untuk Afrika, Matshidiso Moeti berkata, benua itu mempunyai 24 juta orang dewasa yang menghidap diabetes dan jumlah berkenaan dijangka meningkat kepada 55 juta pada tahun 2045.

Beliau berkata, diabetes bertanggungjawab untuk 416,000 kematian di Afrika pada 2021 dan dijangka menjadi antara punca utama kematian di benua itu menjelang 2030.

Keadaan itu dapat diubah sekiranya masyarakat mengamalkan gaya hidup lebih sihat seperti kerap bersenam.

“Diabetes menjejaskan setiap bahagian tubuh manusia dan jika tidak diuruskan dengan betul, orang yang menghidap penyakit itu boleh mengalami komplikasi yang melemahkan dan mengancam nyawa,” menurut Moeti dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Nairobi, ibu negara Kenya, lapor Xinhua.

Moeti yang menyifatkan diabetes memberi tekanan ekonomi kepada keluarga juga menekankan bahawa pemeriksaan berkala bersama rawatan dan penjagaan yang berkualiti adalah kunci untuk meminimumkan kematian yang dikaitkan dengan penyakit itu.

Menurut beliau, 54 peratus orang yang hidup dengan diabetes di Afrika masih belum didiagnosis dan berisiko menghidap penyakit itu di kemudian hari kerana ubat-ubatan seperti seperti insulin boleh melewatkan kemunculan penyakit itu.

Sementara itu, Moeti berkata WHO telah membangunkan alat-alat untuk mencegah penyakit tidak berjangkit, termasuk diabetes untuk rantau Afrika.

Pegawai WHO itu menggesa kerajaan untuk melabur dalam pencegahan diabetes yang direka khusus untuk komuniti tempatan termasuk diet yang kaya serat dan vitamin, kesedaran terhadap penggunaan tembakau dan alkohol, senaman fizikal dan menyediakan ubat yang dapat menyelamatkan nyawa pesakit.

Selain itu, Moeti berkata, kerajaan sepatutnya melatih petugas penjagaan kesihatan dalam pengurusan diabetes dan meningkatkan pengawasan penyakit serta pelaporan kes-kes baharu. – Bernama 

LAIN-LAIN BERITA

Kod etika garis panduan pengamal media

JAKARTA: Kod etika yang dilancarkan hari ini menjadi petunjuk dan garis panduan bagi pengamal media menjalankan tugas mereka.  Presiden Ikatan Setiakawan Malaysia-Indonesia Ashwad Ismail berkata,

Houti serang dua kapal AS di Teluk Aden

Jurucakap pasukan Houthi pada Isnin, 19 Februari 2024, mendakwa pasukan mereka menyerang dua kapal AS di Teluk Aden. Salah satu serangan merosak kapal yang sedang

BERITA TERBARU

Allahyarham Tun Taib, Arkitek Pemodenan

MIRI: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud digambarkan sebagai seorang Arkitek Pemodenan kerana sepanjang perkhidmatannya sebagai Ketua Menteri, beliau berjaya mengangkat serta

Lenyau mentor ti bepenau

KUCHING: Penau Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud enggau bisi runding strategik mujur mai pemansang moden ngagai Sarawak. Menteri Industri Pemakai, Komoditi enggau Pemansang Wilayah