Dialog dengan pemimpin akar umbi

MARUDI: Menteri Muda Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Penguang Manggil menghadiri sesi dialog di dua rumah panjang di sini.

Sesi dialog pertama di Rumah Wen Magelit, Bukit Batu Baled, Lapok pada sebelah pagi yang turut disertai Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Alexander Asing dan Pengerusi Majlis Daerah Marudi Kaunselor Edward Mendai.

Antara ketua kaum yang terlibat dalam sesi dialog tersebut ialah dari kawasan Penghulu Nyandang (Penghulu Iban; Sungai Peking dan Sungai Sebubu/Sebubu), Penghulu Patrick Jelaman (Penghulu Orang Ulu; Tinjar Ulu) dan Penghulu Larek Mat (Penghulu Penan; Tinjar). Pada sebelah petang, Penguang yang juga Adun Marudi mengadakan sesi dialog di Rumah Abok Jabu, Ulu Teru.

Sesi dialog tersebut disertai 47 tuai rumah dari kawasan Penghulu Kalang Ami (Penghulu Iban kawasan Teru, Beluru). Terdahulu, Penguang mengadakan sesi dialog dengan ketua masyarakat, ketua kaum dan pemimpin Persatuan Cina Marudi.

“Banyak yang kami bincangkan termasuk isu pembangunan dan politik. Antaranya adalah isu gangguan bekalan air. “Saya yakin masalah ini akan selesai setelah kerja naik taraf sistem bekalan air bersih Marudi yang bernilai RM15.7 juta yang dijangka siap Oktober nanti,” tambahnya.

Beliau juga bersamasama Presiden Persekutuan Persatuan Cina Bahagian Miri Datuk David Goh menyampaikan pakaian perlindungan diri (PEE) kepada Hospital Marudi, hasil sumbangan NGO tersebut.

Suara Sarawak