Trending

Dialog perniagaan S’wak, Kalimantan Barat

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Kuching (KCGCCI) dan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Sarawak Bersekutu (ACCCIS) baru-baru ini menghadiri dialog perniagaan rentas sempadan antara Kalimantan Barat dengan Sarawak.

Dialog anjuran Konsul Jeneral Republik Indonesia di Kuching itu, diadakan di Marketing Point Entikong di Kalimantan Barat, Indonesia pada 29 Mac lalu.

Konsul Jenderal Republik Indonesia di Kuching, Raden Sigit Witjaksono turut berkongsi kepentingan pos sempadan berkaitan dengan isu kawalan pergerakan orang ramai dan juga barangan.

“Antara barangan yang dieksport dari Entikong ialah buah-buahan segar, makanan diproses, produk ikan, hasil pertanian, kraf tangan, perabot, peralatan pejabat, seramik dan barangan pengguna.

“Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) telah merasmikan Terminal Pelabuhan Pontianak di Mempawah, Kalimantan Barat pada Ogos tahun lalu.

“Beliau turut merasmikan usaha sama antara Indonesia dengan Sarawak dalam projek kuasa hidro pada Mac lalu dan dijangka siap pada akhir 2029,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Presiden KCGCCI dan ACCCIS, Datuk Tan Jit Kee berkata dialog tersebut merupakan sesi rangkaian yang baik, dengan pihak Entikong dan Kalimantan Barat mampu mengekalkan kerjasama perdagangan dua hala antara Sarawak dengan Kalimantan.

“Saya berharap Raden dapat membantu memimpin delegasi ke Kalimantan Barat dan melawat kerajaan tempatan serta dewan perniagaan dan perindustrian di sana tidak lama lagi,” tambahnya.

Manakala Setiausaha Agung KCGCCI dan ACCCIS, Datuk Jonathan Chai Voon berharap agar dialog itu turut memberi peluang perniagaan kepada syarikat di Sarawak.

“ACCCIS merupakan Dewan Perniagaan Cina terbesar di Sarawak yang memiliki lebih 5,000 ahli syarikat dan kebanyakannya terdiri daripada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

“Dengan ini, saya mengambil kesempatan ini untuk mengalualukan kedatangan kerajaan dan dewan perniagaan Indonesia serta Kalimantan Barat pada majlis ulang tahun KCGCCI yang juga merupakan salah satu dewan konstituen ACGCCIS yang ke-133 pada Julai akan datang,” katanya lagi.

Hadir sama, Pegawai Kanan Jabatan Perdagangan Indonesia, Aksamil Khair; Ketua Perdagangan Antarabangsa, Kerjasama Jabatan Industri dan Perdagangan Kalimantan Barat; Eko Darmawansyah, Konsul Ekonomi, Theodorus dan Pegawai Pentadbiran, Alexandri Legawa.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

27 November 2023

Berita Terbaru