ARTIKEL

Dicekup bersama dadah, lelaki berdepan hukuman gantung 

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SIBU: Seorang lelaki berdepan hukuman gantung apabila dicekup bersama dadah berhampiran sebuah bangunan di Jalan Oya di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili dalam satu kenyataan hari ini berkata, suspek ditahan lebih kurang jam 5 petang oleh sepasukan polis dari bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu.

Katanya suspek yang merupakan warga tempatan berumur 30 tahun yang menaiki sebuah kenderaan jenis Perodua Axia.

“Hasil pemeriksaan yang dijalankan pihak polis telah merampas satu plastik lutsinar kedap udara yang berisi pepejal kristal yang disyaki dadah jenis Methamphetamine anggaran berat kasar 1070 gram dengan nilai rampasan berjumlah RM35,310,” katanya.

Zulkipli memberitahu, hasil ujian saringan awal polis yang dibuat keatas suspek didapati negatif dadah dan suspek juga tidak mempunyai rekod lampau. 

Menurut beliau lagi, suspek seterusnya ditangkap di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan telah direman selama enam hari bermula hari ini (Rabu) bagi membantu siasatan.

“Hukuman bagi kesalahan di bawah Seksyen 39B ADB 1952 jika disabitkan kesalahan mandatori gantung sampai mati,” tegas Zulkipli.

LAIN-LAIN BERITA

Tun Taib bawa pembangunan berterusan

KUCHING: Hubungan rapat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak yang terjalin rapat sejak pentadbiran bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud membawa

Legasi ditinggalkan Tun Taib tidak ternilai 

KUALA LUMPUR: Legasi yang ditinggalkan oleh Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud sebagai Bapa Pemodenan Sarawak tidak ternilai dan akan sentiasa hidup di dalam hati semua.

BERITA TERBARU