ARTIKEL

Didakwa curi tandas bernilai AS$6 juta

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

LONDON: Seramai empat lelaki didakwa berhubung kes kecurian sebuah mangkuk tandas bersalut emas dari Istana Blenheim, di luar Oxford di England, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Tandas yang dijadikan hiasan dan dianggarkan bernilai AS$5.95 juta itu hilang dalam satu kejadian pada September 2019.

Pada Isnin, Crown Prosecution Service (CSP) berkata pihaknya membenarkan pertuduhan jenayah ke atas empat lelaki itu yang hadir di Mahkamah Majistret Oxford pada 28 November ini.

Tertuduh ialah James Sheen, 39, dari Wellingborough, Northamptonshire yang berdepan pertuduhan pecah rumah dan dua lagi pertuduhan.

Selain itu, Michael Jones, 38, dari Oxford, didakwa atas pertuduhan pecah rumah manakala Fred Doe, 35, dari Ascot, Berkshire, dan Bora Guccuk, 39, dari barat London, masing-masing didakwa dengan pertuduhan bersubahat untuk memindahkan harta jenayah.

Tandas yang berfungsi sepenuhnya itu dipasang sebagai karya seni di istana Oxfordshire, tempat kelahiran Winston Churchill.-Bernama-dpa

LAIN-LAIN BERITA

Empat peluncur ski maut dalam runtuhan salji

BISHKEK, Kyrgyzstan: Runtuhan salji di timur Kyrgyzstan mengorbankan empat nyawa, menurut perkhidmatan media Kementerian Situasi Kecemasan Kyrgyzstan pada Isnin. Tragedi berlaku pada 1 petang waktu

BERITA TERBARU

Meruked lancar muzik video baharu

KUMPULAN muzik tempatan Meruked melancarkan single dan muzik video terbaharu mereka berjudul Kining Posah pada Jumaat ini.  Menurut vokalis, Syed Ashraf Edruce, Kining Posah bermaksud

Tarikan ekopelancongan burung walit

AKTIVITI EKONOMI dan keusahawanan penduduk kampung mampu dibangun dan diperkasa melalui pembangunan Projek Ekopelancongan Burung Walit Kampung Merembeh. Projek tersebut membuka peluang pekerjaan baharu dan