Teruna berani buka perniagaan syarikat bukan bumiputera

Trending

Didenda 2,000 kerana pukul isteri

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Gambar hiasan

KUCHING: Padah memukul serta menendang isteri gara-gara menjual sebuah telefon pintar, seorang pemuda tempatan dijatuhi hukuman denda RM2,000 atau empat bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Tertuduh Faizan Baron, 34, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Zubaidah Sharkawi.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa sengaja mencederakan isterinya berusia 31, dengan memukul dan menendang kepala serta badan dalam satu kejadian di kediaman mereka di Kampung Stapok, sekitar jam 2 pagi, 10 Mei tahun lalu.

Oleh itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukan penjara sehingga satu tahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, punca kejadian kerana tertuduh menyuruh isterinya mengambil balik telefon pintar yang telah mereka jual.

Namun demikian, pengadu enggan mengambil balik telefon terbabit kerana mengalami masalah kewangan.

Tertuduh yang bengang memukul dan menendang kepala dan badan pengadu hingga mengalami kesakitan di bahagian belakang dan dagu kanan.

Pengadu kemudian membuat laporan polis untuk tindakan lanjut seterusnya membawa kepada penangkapan tertuduh.

Baca lain  Sokongan calon SUPP, tidak perlu buat spekulasi

Pegawai Pendakwa ASP Hisyam Junaidi memohon mahkamah agar mengenakan hukuman setimpal terhadap tertuduh sebagai pengajaran.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

28 Mei 2023

Berita Terbaru