ARTIKEL

Didenda 50,000 euro kerana pecahkan telur

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

RIGA: Seorang lelaki yang menghancurkan telur spesies burung yang dilindungi didenda 50,000 euro, kata peguamnya yang menyifatkan telur itu dinilai seolah-olah seperti emas tulen.

Mahkamah di negara Baltik itu memerintahkan hukuman tersebut selepas lelaki itu terserempak dengan sarang burung camar berkepala hitam, spesies yang dilindungi dan menyebabkan beberapa telur pecah.

“Harga 10 biji telur ini lebih tinggi daripada jika ia diperbuat daripada emas tulen,” kata peguamnya, menurut laporan dari akhbar tempatan Latvijas Avize.

Hakim Lauris Shnepsts bagaimanapun tetap tidak berganjak, berhujah bahawa adalah salah membandingkan hidupan liar berharga dengan sekeping logam berkilat.

“Saya harap kes ini akan menjadi contoh undang-undang untuk perlindungan hidupan liar di negara kita,” kata beliau kepada pemberita selepas keputusan pada Selasa.

Insiden itu bermula pada musim bunga 2021, apabila Artis Krumins mendayung melintasi tasik utara ke pulau yang hanya didiami oleh burung liar dan memecahkan telur burung berkenaan.

Jenayah itu mungkin tidak disedari jika bukan kerana seorang saintis tempatan yang kebetulan melakukan penyelidikan lapangan di sana dan rakamannya membantu kes itu.

“Saya cuba menenangkan individu yang memecah telur itu tetapi dia menjadi lebih agresif, dia mula mambaling telur ke udara dan menggunakan pendayung untuk memukulnya,” kata saintis itu dalam keterangannya di bilik mahkamah.

BERITA LAIN

Empat maut dalam insiden tanah runtuh di Antipolo

MANILA: Kejadian tanah runtuh di bandar Antipolo, timur Manila meragut empat nyawa setakat ini, menurut jurucakap Pejabat Pengurusan Pengurangan Risiko Bencana Bandar Antipolo, Relly Bernardo

Budak 5 tahun dijangkiti selesema burung

PHNOM PENH: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dari Wilayah Takeo di selatan Kemboja disahkan dijangkiti selsema burung H5N1, menjadikan jumlah kes kepada tujuh sejak

Singapura benarkan 16 serangga dimakan

SINGAPURA: Agensi Makanan Singapura (SFA) pada Isnin telah meluluskan 16 spesies serangga untuk makanan manusia termasuk serangga tertentu seperti cengkerik, belalang juta, belalang, “mealworm”, ulat

BERITA TERBARU