ARTIKEL

Didenda kendali kelab malam lebih masa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang pengendali dan tuan punya kelab malam mengaku bersalah membuka operasi kelab hiburannya terlebih masa didenda RM1,500 ataupun sebulan penjara semalam.

Majistret Zubaidah Sharkawi mengenakan hukuman denda tersebut terhadap Tiong Heng Choon, 59, setelah tertuduh mengaku melakukan kesalahan itu mengikut Peraturan-peraturan Hiburan 2001.

Heng Choon mengaku menjalankan operasi kelab malamnya terlebih masa yang dibenarkan dari jam 12 tengah hari hingga 2.30 pagi Isnin hingga Ahad yang mana lesen operasi dikeluarkan Majlis Perbandaran Padawan.

Tertuduh melakukan kesalahan apabila ditangkap beroperasi terlebih masa pada jam 3.12 pagi di kelab malam Tanju Kumang di Kuching City Mall Commercial Centre, Batu 4 1/2 pada 21 Julai lalu.

Menurut fakta kes, pada 21 Julai lalu , sepasukan polis dari pasukan Jabatan Siasatan Jenayah IPD Padawan diketuai oleh Inspektor Azwan Abdullah menjalankan Ops Noda (Cantas/Hiburan) dan membuat serbuan
dan pemeriksaan di sebuah kelab malam di Batu 4 1/2.

Setiba di premis tersebut sekitar jam 3.12 pagi, polis mendapati premis itu masih beroperasi dan mempunyai kira-kira 13 orang pelanggan masih mendengar musik dan berhibur di situ.

Pengadu memperkenalkan diri sebagai pegawai kanan polis dan menunjukkan kad kuasa sebelum membuat tangkapan dan merampas berbagai peralatan muzik digunakan di dalam kelab malam itu.

Dalam rayuannya, tertuduh meminta mahkamah mengenakan denda yang paling ringan lagipun ia adalah kesalahannya yang pertama.

Pendakwaan dibuat oleh pegawai pendakwaan AssistenSuperintenden Polis RogayahRosli manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Tertuduh membayar denda tersebut.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat