Trending

Didenda kerana pecah cermin kaunter stesen minyak

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Seorang lelaki dijatuhi hukuman denda RM3,000 atau tiga bulan penjara oleh Mahkamah Majistret, hari ini atas kesalahan menumbuk cermin di kaunter hadapan stesen minyak sehingga pecah di Jalan Pending, 28 November lalu.

Tertuduh Nor Azizan Mohamad, 37, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Zubaidah Sharkawi.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa sengaja merosakkan harta milik sebuah stesen minyak dengan memecahkan cermin di kaunter juruwang hingga menyebabkan kerugian RM5,000.

Dia melakukan perbuatan terbabit di Jalan Pending, kira-kira jam 10.56 pagi, 28 November lepas.

Oleh itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperutukkan penjara tidak kurang dari satu tahun dan tidak melebihi lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, pengadu yang bertugas sebagai juruwang telah didatangi seorang lelaki lalu menumbuk cermin kaca di bahagian kaunter hadapan.

Punca kejadian kerana tertuduh tidak berpuas hati dengan pengisian minyak yang diminta terdapat kesilapan semasa memasukkan jumlah pengisian minyak di sebuah pam.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Nur Syafiqa Nyaie Ilin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru