SUPP ikrar kekal relevan, terus beri khidmat

Trending

Didenda RM1,000 kerana rosak kereta jiran

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Gambar hiasan

KUCHING: Perbuatan benci melihat jiran sebelah rumah akhirnya membawa padah terhadap seorang penganggur lelaki apabila dijatuhi hukuman denda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret atas kesalahan melakukan khianat merosakkan kereta milik seorang lelaki warga emas.

Tertuduh Jesfred Wilfred Narang, 36, mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Zaiton Anuar.

Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana sengaja melakukan khianat merosakkan kereta jenis MPV milik mangsa lelaki berusia 64 tahun dengan membocorkan tayar bahagian kiri dan mematahkan pengilap cermin belakang.

Dia melakukan perbuatan itu di rumah mangsa di Jalan Batu Kawa, kira-kira jam 6.58 petang, pada 7 Februari lalu.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara satu bulan terhadap tertuduh sekiranya gagal menjelaskan denda.

Menurut fakta kes, pada 8 Februari lepas, sekitar jam 5 petang, mangsa telah melihat satu rakaman Kamera Litar tertutup (CCTV) mendapati jiran sebelah rumahnya telah membocorkan tayar hadapan sebelah kiri dan mematahkan pengilap cermin belakang keretanya.

Anggaran kerugian dialami mangsa sekitar RM500.

Baca lain  Tidak jadi bom air

Difahamkan, tertuduh mengaku melakukan perbuatan tersebut kerana tidak suka melihat jiran sebelah rumahnya.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Jatuh bangun 64 tahun

KUCHING: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) berikrar untuk kekal relevan

E-Paper

5 Jun 2023

Berita Terbaru