Trending

Didenda RM10,000 kerana judi dalam talian

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

LYDIA AMAN

KUCHING: Akibat terlibat perjudian dalam talian, seorang lelaki warga Indonesia dijatuhi hukuman denda RM10,000 atau dua bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Zubaidah Sharkawi menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh Riko Sanjaya,24, selepas mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapannya.

Mahkamah juga memerintahkan tertuduh dirujuk ke Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) untuk tindakan seterusnya.

Menurut pertuduhan, dia melakukan kesalahan tersebut menggunakan sebuah telefon pintar di sebuah pondok di Kampung Semerah Padi, sekitar jam 11.50 malam, 26 Februari lalu.

Oleh sebab itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 4B (a) ARJT 1953 yang membawa hukuman denda maksimum RM10,000 bagi setiap mesin judi dan penjara tidak melebihi lima tahun jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, sepasukan polis telah menyerbu di sebuah pondok kecil, di Jalan Tan Sri Abang Ikhwan Kampung Semerah Padi selepas mengesyaki terdapat aktiviti judi dalam talian menggunakan aplikasi dalam telefon pintar.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Nur Syafiqa Nyaie Ilin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

26 November 2023

Berita Terbaru