ARTIKEL

Didenda RM1,200 curi kotak fius

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Mahkamah Majistret di sini, hari ini, menjatuhkan hukuman denda RM1,200 atau penjara tiga bulan terhadap seorang lelaki tempatan kerana mencuri kotak fius milik syarikat Sarawak Energy Berhad.

Majistret Mason Jaro Lenya Barayan menjatuhkan hukuman terhadap Franky Linggi, 28, dari Samarindah Samarahan, selepas mengaku bersalah atas satu pertuduhan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Mengikut pertuduhan, dia melakukan kesalahan itu di Jalan Lapangan Terbang, kira-kira jam 11.55 pagi, 23 Oktober lepas.

Berdasarkan fakta kes, pengadu dan rakan setugasnya menerima maklumat daripada anggota siap sedia RDC Sarawak Energy Berhad menyatakan bahawa satu penggera telah berbunyi dan terdapat seorang lelaki bersembunyi di sub stesen tersebut.

Ketika pengadu tiba di lokasi kejadian mendapati tertuduh sedang memecahkan kotak fius seterusnya menangkap tertuduh.

Semasa pemeriksaan, terdapat tujuh fius dalam kotak pilar telah dicuri dan dirosakkan dan anggaran kerugian dianggarkan sekitar RM300.

Barang-barang tertuduh turut dirampas seperti sebilah pisau, seunit tukul dan seunit pemutar skru.

Pendakwaan kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang manakala tertuduh diwakili seorang peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

LAIN-LAIN BERITA

BERITA TERBARU

Meruked lancar muzik video baharu

KUMPULAN muzik tempatan Meruked melancarkan single dan muzik video terbaharu mereka berjudul Kining Posah pada Jumaat ini.  Menurut vokalis, Syed Ashraf Edruce, Kining Posah bermaksud

Tarikan ekopelancongan burung walit

AKTIVITI EKONOMI dan keusahawanan penduduk kampung mampu dibangun dan diperkasa melalui pembangunan Projek Ekopelancongan Burung Walit Kampung Merembeh. Projek tersebut membuka peluang pekerjaan baharu dan