ARTIKEL

Didenda RM1,600 ceroboh bangunan terbiar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Gambar hiasan

KUCHING: Gara-gara menceroboh sebuah bangunan terbiar di Jalan Sungai Periok dengan tujuan untuk mencuri, seorang lelaki tempatan dijatuhi hukuman denda RM1,600 atau penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Tertuduh Rizal Bakri, 25, berasal Kampung Sungai Maong, mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Syarifah Fatimah Azura Wan Ali.

Berdasarkan pertuduhan, dia bersama seorang rakannya yang masih bebas didakwa melakukan perbuatan itu di bangunan terbiar di Jalan Sungai Periok, sekitar jam 10 pagi, Ahad lepas (13 November).

Oleh itu, dia didakwa mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara sehingga enam bulan atau dengan denda maksimum RM3,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Menurut fakta kes, pengawal keselamatan (pengadu) yang bertugas pada hari itu ternampak dua orang lelaki dalam keadaan mencurigakan berdiri di atas bumbung bangunan terbiar.

Pengadu terus menghubungi pihak berkuasa untuk mendapatkan bantuan.

Setiba di tempat kejadian, pihak polis mengarahkan mereka untuk turun ke bawah dari atas bumbung bangunan itu, namun rakan tertuduh sempat melarikan diri.

Manakala, tertuduh berjaya ditangkap dan dibawa ke Balai Polis Padungan untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Selain itu, barang milik tertuduh seperti peralatan memotong besi turut dirampas.

Pegawai Pendakwa Inspektor Mohd Adzmei Ahmad memohon agar mahkamah mengenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU