ARTIKEL

Didenda RM2,000 operasi lebih masa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Seorang lelaki tempatan didenda RM2,000 atau satu bulan penjara selepas mengaku bersalah di hadapan Mahkamah Majistret di sini, hari ini, kerana menjalankan operasi pusat hiburan melebihi masa yang ditetapkan.

Tertuduh Easpheren, 29, pengurus premis terbabit mengaku bersalah atas satu pertuduhan mengikut Seksyen 24 Ordinan Hiburan 2001 dan dihukum di bawah seksyen 28 Ordinan yang sama di hadapan Majistret Zaiton Anuar.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah pusat hiburan Jalan Petanak, sekitar jam 3.20 pagi, 30 Oktober lepas.

Menurut fakta kes, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kuching telah melaku satu serbuan Op Noda-Pusat Hiburan di Jalan Petanak, sekitar jam 3.20 pagi, 30 November lepas.

Apabila tiba di premis tersebut, mendapati ia sedang beroperasi dan pengadu memperkenalkan diri kepada tertuduh yang mengaku dia adalah pengurus premis terbabit.

Pemeriksaan kemudian dijalankan dan beberapa barang turut dirampas seperti satu unit komputer riba, dua unit amplifier, dan seunit pembesar suara.

Siasatan lanjut mendapati tertuduh telah melakukan kesalahan operasi premis lebih daripada waktu yang ditetapkan oleh pihak Majlis Bandaraya Kuching Selatan.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

LAIN-LAIN BERITA

Seorang suspek kes ugut di Julau didenda RM100

SARIKEI : Seorang lelaki didenda RM100 oleh Mahkamah Majistret di Sarikei hari ini kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada seorang individu. Ketua Polis Daerah Julau

Seorang warga Filipina ditahan dalam Ops Kutip

LAWAS: Unit Penguatkuasaan Imigresen (UPI) Lawas telah menahan seorang individu warga asing dalam operasi rutin Ops Kutip yang dijalankan semalam. Menurut satu kenyataan yang disiarkan

BERITA TERBARU

Kebajikan golongan OKU terus diperjuangkan

MIRI: Kebajikan serta sokongan untuk golongan orang kelainan upaya (OKU) akan terus diperjuangkan bagi memastikan mereka mempunyai peluang dan hak yang sama rata dalam kalangan