ARTIKEL

Didenda RM2,000, ugut abang tidak beri duit untuk beli dadah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Padah ugut hendak membunuh abang kandung sendiri kerana tidak diberikan wang yang diminta, seorang lelaki tempatan dijatuhi hukuman denda RM2,000 atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Kenneth Vinton Langang, 33, mengaku bersalah sebaik sahaja satu pertuduhan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dibacakan Majistret Mason Jaro Lenya Barayan.

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di rumah mangsa berusia 38 tahun di Taman Malihah, Matang, kira-kira jam 5.30 petang, 18 Julai lalu.

Menurut fakta kes, ketika kejadian, tertuduh datang ke rumah mangsa untuk meminta wang.

Namun mangsa enggan memberikan wang yang diminta kerana percaya adiknya akan menggunakan wang tersebut untuk membeli minuman keras atau membeli dadah.

Berang permintaan tidak ditunaikan, tertuduh mengamuk menggunakan sebilah pisau pemotong daging lalu mengeluarkan kata-kata ugutan hendak memecahkan kepala mangsa.

Mangsa yang bimbang akan keselamatan diri membuat laporan polis untuk tindakan lanjut seterusnya membawa kepada penangkapan tertuduh pada 20 Julai lalu.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Hari Wesak disambut meriah seluruh negara

KUALA LUMPUR: Hari Wesak disambut meriah di seluruh negara dengan ribuan penganut Buddha memenuhi tokong di negeri masing-masing sejak awal pagi ini. Di Kuala Lumpur,