Pembantu pergigian maut dalam nahas jalan raya

Didenda RM4,000 atau penjara 10 bulan kerana salah guna dadah

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Gambar hiasan

KUCHING: Seorang lelaki tempatan dijatuhi hukuman denda RM4,000 atau penjara 10 bulan oleh mengaku bersalah kerana terlibat dalam penyalahgunaan dadah jenis Methamphetamine, enam tahun lalu.

Tertuduh Zammel Jamani membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Zaiton Anuar selepas satu pertuduhan dibacakan di hadapannya.

Mahkamah memerintahkan tertuduh di bawah pengawasan pihak polis selama dua tahun selepas menjalani hukuman penjara atau membayar denda.

Mengikut pertuduhan dia didakwa melakukan perbuatan itu di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik daerah Kuching sekitar jam 8.45 pagi pada 3 Nov 2016.

Oleh itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, boleh dihukum mengikut Seksyen 15(1) akta sama.

Berdasarkan fakta kes, air kencingnya didapati positif dadah jenis methamphetamine, yang disenaraikan dalam Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952 ketika ditahan dan dalam siasatan pihak polis.

Pendakwaan kes dilakukan oleh Inspektor Nur Syafiqa Nyaie Ilin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

27 Mac 2023

Berita Terbaru

Biskut kami halal

KUCHING: “Biskut buatan tangan kami halal,” demikian kata Anchong Tan