Pembantu pergigian maut dalam nahas jalan raya

Didenda RM4,000 , pusat hiburan operasi tanpa lesen sah

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Gambar hiasan
Foto fail

KUCHING: Seorang pengurus kelab malam dijatuhi hukuman denda RM4,000 atau empat bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, kerana menjalankan perniagaan tanpa lesen yang sah.

Tertuduh Harold, 35, mengaku bersalah atas satu pertuduhan di bawah Seksyen 5(1) Ordinan Hiburan 2000 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 5(3) Ordinan yang sama, yang dibacakan di hadapan Majistret Zubaidah Sharkawi.

Mengikut kertas pertuduhan, Harold sebagai pengurus pusat hiburan didakwa melanggar syarat lesen hiburan awam yang dikeluarkan oleh Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) dengan beroperasi tanpa lesen hiburan sah.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada 25 September lepas, kira-kira jam 11.20 pagi di sebuah pusat hiburan di Jalan Canna, di sini.

Menurut fakta kes, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPK Sarawak telah melakukan serbuan Op Noda di sebuah pusat hiburan di Jalan Canna sekitar jam 11.20 malam, 25 September lalu.

Setiba di pusat hiburan terbabit, terdapat beberapa pelanggan berada di dalam premis dan muzik masih dimainkan dengan kuat.

Ketika memperkenalkan diri kepada pengurus premis terbabit dan meminta lesen perniagaan, dia gagal mengemukakan lesen yang diminta.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Nur Syafiqa Nyaie Ilin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

27 Mac 2023

Berita Terbaru