ARTIKEL

Didenda RM54,000 seludup lima PATI

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Tindakan tidak bertanggungjawab seorang pemandu menyeludup lima orang pendatang asing tanpa izin (PATI) dua tahun lalu membawa padah, apabila Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman denda RM54,000, hari ini.

Hakim Iris Awen Jon memerintahkan demikian sebaik sahaja Hi How Hing, 44, didapati bersalah atas dua pertuduhan di akhir kes pembelaan hari ini.

Berdasarkan pertuduhan pertama, How Hing didakwa membenarkan lima orang PATI berusia antara 21 tahun hingga 43 tahun berada di dalam sebuah van.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 55 EE (1) Akta Imigresen 1959/63 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 55E (2) akta yang sama.

Manakala pertuduhan kedua, dia didakwa tanpa kuasa sah menyimpan satu pasport warga Indonesia yang dikeluarkan untuk kegunaan warga asing itu.

Oleh itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 12(1)(f) Akta Pasport 1966 [Akta 150] dan boleh dihukum di bawah
Seksyen 12(1) Akta yang sama.

Hakim menjatuhkan hukuman denda RM50,000 atau penjara enam bulan bagi pertuduhan pertama, manakala pertuduhan kedua How Hing dijatuhi hukuman denda RM4,000 atau penjara lima minggu.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Kong Siew Chuo manakala tertuduh diwakili dua peguam iaitu Chan Khoon Moh dan Claesmine Yeo.

LAIN-LAIN BERITA

87 das tembakan meriam diiringi titisan hujan

KUCHING: Berduka dengan pemergian tokoh signifikan ternama, bumi Sarawak seakanakan turut menangis apabila hujan turun semasa jenazah bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul

Jasa Tun Taib tidak terhad di peringkat negeri

Yang Dipertua Yadim, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus terkenang jasa Allahyarham Tun Datu Mustapha Datu Harun dan Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud yang pernah menjadi Menteri

24 mesin hemodialisis baharu diagih ke seluruh Sarawak

KOTA SAMARAHAN: Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak memperuntukkan sebanyak 24 buah mesin hemodialisis yang bernilai RM987,600 dalam usaha memperkasakan rawatan pesakit buah pinggang di negeri ini.

BERITA TERBARU

87 das tembakan meriam diiringi titisan hujan

KUCHING: Berduka dengan pemergian tokoh signifikan ternama, bumi Sarawak seakanakan turut menangis apabila hujan turun semasa jenazah bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul

Polis berkas suspek terlibat 20 kes samun

IPOH: Polis memberkas seorang individu yang disyaki aktif menjalankan kegiatan menyamun pelanggan di premis mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sekali gus berjaya menyelesaikan 20 kes samun

162 kluster SPOC terima persijilan MSPO

KENINGAU: Sebanyak 162 Kluster Minyak Sawit Mampan (SPOC) melibatkan 177,355 pekebun kecil sawit persendirian (PKP) berjayamemperoleh Persijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) di bawah seliaan