ARTIKEL

Fatimah (empat kiri) dan suami, Dr Adi menyampaikan sumbangan daging korban kepada penerima Rumah Seri Kenangan.

Didik anak-anak untuk elak gangguan seksual, rogol

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Agensi kerajaan bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bekerjasama dalam memberi didikan sentuhan selamat dan sentuhan tidak selamat kepada kanak-kanak dalam usaha meningkatkan kesedaran akan keselamatan diri mereka daripada menjadi mangsa gangguan seksual dan rogol.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, kumpulan sasar ini melibatkan kanak-kanak sekolah rendah yang diterangkan akan hak dan keselamatan mereka.

Ini kerana katanya, kes seksual membabitkan kanak-kanak terutamanya kes rogol membabitkan individu yang dikenali oleh mangsa berdasarkan dapatan yang dikongsikan oleh pihak polis dan ia merupakan isu yang membimbangkan.

“Di bawah kementerian kita, jabatan kita, Jabatan Kebajikan, Jabatan Wanita dan Majlis Wanita serta NGO, Persatuan Wanita untuk Wanita Sarawak, kita akan terangkan kepada anak-anak kita, bersesuaian dengan umur mereka, mereka ada hak bahawa tubuh badan mereka tidak boleh disentuh tanpa kebenaran.

“Kemudian (diterangkan) maksud sentuhan selamat, apa yang dimaksudkan dengan sentuhan selamat dengan menggunakan gambar dan sebagainya,” katanya ditemu bual media sempena program pengagihan daging korban Hari Raya Aidiladha di kediamannya, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai peningkatan kes rogol membabitkan kanak-kanak bawah umur berikutan akses yang tinggi kepada pornografi di sosial media.

Fatimah menjelaskan, pendidikan itu penting agar kanak-kanak ini tahu perbezaan antara pelukan dan sentuhan terutamanya dengan ahli keluarga serta bahagian tubuh badan sensitif yang tidak boleh disentuh dan sebagainya.

Katanya, melalui didikan itu, kanak-kanak ini boleh melaporkan kepada guru di sekolah mahupun kepada individu yang mereka kenali.

“Mereka boleh maklumkan kepada guru kaunseling, guru kelas, guru tingkatan yang rapat dengan kanak-kanak ini.

“Mereka boleh lihat dari segi perubahan pada kanak-kanak, macam kenapa kanak-kanak kurang ceria, murung dan sebagainya. Itulah petanda,” ujarnya.

Terdahulu, Fatimah serta suami, Datuk Dr Adi Badiozaman menyumbang daging korban kepada penerima terdiri daripada Rumah Seri Kenangan, Rumah Toh Puan Norkiah, Baitulrahmah, Sekolah Henry Gurney Puncak Borneo dan dua keluarga pada program tersebut.

BERITA LAIN

Rujuk status tanah sebelum buat rumah

BINTULU: Penduduk khususnya di rumah panjang perlu merujuk status tanah kepada agensi berkaitan terlebih dahulu, sebelum mendirikan perumahan baharu di kawasan yang dikenal pasti. Menteri

Polis lumpuh sindiket gula-gula getah dicampur dadah

KUALA LUMPUR: Polis melumpuhkan sindiket pengedaran gula-gula getah dicampur dadah dengan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM5.02 juta dalam serbuan berasingan di Cheras dan Seri Kembangan, semalam.Pengarah

BERITA TERBARU