ARTIKEL

Didik orang ramai lebih waspada

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Pendedahan senarai tempat dan waktu yang dikunjungi oleh kes positif Covid-19 bertujuan memberi pengetahuan kepada orang ramai agar lebih berwaspada.
Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah berkata, melalui pendedahan itu, mereka yang terdedah dapat menjalani saringan dengan segera di klinik kesihatan mahupun hospital.
Menurutnya, pendedahan itu bukan untuk menyusahkan pemilik premis kerana mereka juga perlu tahu mengenai tempat yang pernah dikunjungi oleh kes positif Covid-19. “Kita semua perlu bekerjasama. Saya lihat di Sibu, mereka keluar untuk menjalani saringan sehingga kita mendapat lebih 10,000 sampel.
“Ini merupakan semangat yang kita galakkan. Sila tampil sekiranya anda risaukan kesihatan anda dan jika pernah mengunjungi tempat yang telah dikunjungi kes positif,” katanya. Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan ke medan selera Pasar Bandar Riyal di sini baru-baru ini.
Pada lawatan tersebut, Uggah yang juga Pengerusi JPBNS puas hati dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang diamalkan oleh orang ramai. “Saya puas hati dengan penguatkuasaan di pasar ini. Nampaknya pematuhan agak tinggi… lebih 99 peratus.
“Saya melihat pelanggan mematuhi SOP seperti memeriksa suhu badan dan merekodkan MySejahtera. Ini menunjukkan peranan rakyat Sarawak dalam membantu memerangi Covid-19,” ujarnya. Beliau turut menekankan kepetingan untuk mencatat nama pada buku pendaftaran dan mengimbas kod QR MySejahtera.
Kata Uggah, Sarawak telah berjaya melandaikan keluk jangkitan pada gelombang pertama, kedua dan ketiga kerana kerjasama rakyat dan petugas barisan hadapan dalam memerangi wabak ini.
Beliau yakin dengan kerjasama berterusan, Sarawak dapat melandaikan keluk jangkitan wabak Covid-19 gelombang keempat ketika ini.

BERITA LAIN

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya

BERITA TERBARU

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya