ARTIKEL

Dua pekerja buruh binaan warganegara Indonesia maut akibat dihempap runtuhan konkrit.

Dihempap runtuhan konkrit, dua pekerja buruh binaan warga Indonesia maut

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Dua pekerja buruh binaan warganegara Indonesia maut akibat dihempap runtuhan konkrit di Lorong Samarindah 14B, hari ini.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Samarahan PKPgB Ebby Hirwandy Sarbini, kedua-dua lelaki terbabit dikenali sebagai Tadi, 29 dan Mustakim, 42.

“Pihak kami menerima panggilan dari orang awam berhubung kejadian pada 11.25 pagi sebelum menggerakkan sepasukan anggota dari BBP Kota Samarahan ke lokasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Ebby, kemalangan berlaku akibat runtuhan dinding parit yang dalam pembinaan, anggaran ketinggian lima kaki.

Terdapat dua mangsa lelaki pekerja buruh binaan warganegara Indonesia masih terperangkap dalam runtuhan konkrit tersebut, ujarnya.

“Kedua-dua mangsa berjaya dikeluarkan oleh pihak bomba dan disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang berada dilokasi kejadian.

“Mayat mangsa kemudian diserah kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi ditamatkan pada jam 1 petang,” jelasnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU