ARTIKEL

Dijumpai enam kilometer dari rumah panjang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki yang hilang pada Jumaat lalu, melaporkan mangsa dijumpai selamat pada jam 11.15 pagi tadi.

Mangsa, Cassidy Ali, 23, dipercayai hilang selepas keluar memancing di Pangkalan Rembai, Sungai Melikat, Marudi di sini.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (bomba) Sarawak, mangsa dijumpai dalam keadaan selamat, kira-kira jam 10.45 pagi pada jarak enam kilometer dari rumah panjang.

“Mangsa kemudian dibawa oleh pasukan SAR dengan menggunakan ‘stretcher’ ke Pos Kawalan Bomba (PKB).

“Sejurus tiba di PKB pada jam 1.30 tengah hari, mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Operasi SAR yang memasuki hari ketiga itu ditamatkan sekitar jam 2 petang tadi.

BERITA LAIN

Buli siber beri kesan serius kepada kehidupan mangsa

BERLIN: Menteri-menteri Dalam Negeri negeri-negeri Persekutuan Jerman sedang meneliti sama ada untuk memperkenalkan kesalahan jenayah berasingan bagi pembulian siber, lapor agensi berita Jerman (dpa). Cadangan

BERITA TERBARU