Dikompaun RM4,000 langgar SOP

SARIKEI: Dua rumah panjang di Sungai Selangan dan Skim B dekat sini, masing-masing dikenakan kompaun sebanyak RM4,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Pegawai Kesihatan Bahagian Sarikei, Dr. Emmanuel Joseph Fong berkata, rumah panjang yang merupakan Kluster Sungai Selangan dan Kluster Skim itu, didapati tidak mematuhi Peraturan 16 (1) Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pindaan) (Nombor Dua) 2021, iaitu menjalankan aktiviti yang tidak dibenarkan dalam tempoh PKPD.

Hasil siasatan Pejabat Kesihatan Bahagian Sarikei katanya, Kluster Sungai Selangan menjalankan upacara miring pada 31 Mei.

Manakala, Kluster Skim B pula, enam pintu rumah panjang tersebut membuat sambutan dan persediaan pra-Gawai pada 30 Mei sehingga menyukarkan pelaksanaan penjarakan fizikal dan pematuhan SOP.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 10 Jun 2021

Suara Sarawak