SUPP ikrar kekal relevan, terus beri khidmat

Trending

Dim sum, kuih cang dijual di Bazar Ramadan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Menjadi satu tradisi menjelang Ramadan, bazar akan dibuka dengan pelbagai aneka juadah untuk berbuka puasa.

Kemeriahan sambutan hari pertama Ramadan begitu dirasai dengan Bazar Ramadan menjadi medan masyarakat berbilang kaum dan agama mendapatkan juadah yang digemari.

Tinjauan Suara Sarawak di Bazar Ramadan Emart Batu Kawa mendapati, para pengunjung mula berpusu-pusu datang ke bazar tersebut seawal 2.30 petang.

Menjelang 4 petang, semakin ramai pengunjung datang sehingga ada yang berbaris panjang di beberapa gerai jualan.

Sebut sahaja Bazar Ramadan, sudah tentu aneka juadah menjadi tarikan pengunjung, antaranya nasi ayam penyet, nasi kerabu, roti John, ayam bakar dan tidak lupa juga kuih tepung pelita yang merupakan pemanis mulut tidak asing bagi kaum Melayu.

Pada kali ini, Bazar Ramadan Emart Batu Kawa menampilkan kelainan iaitu terdapat sebuah gerai yang agak menarik perhatian dengan menjual makanan terkenal dalam kalangan kaum Cina, iaitu dim sum dan kuih cang atau lebih dikenali sebagai bakcang berintikan ayam.

Gerai tersebut diberi nama Leeda’s Kitchen, diinspirasikan daripada nama pemiliknya sendiri, Leeda Sulaiman.

Baca lain  BKSS 9.0: Teruja tunggu berita gembira

Selain itu, gerai tersebut juga menyajikan aneka gorengan seperti sotong, wantan dan juga kentang keju.

Bazar Ramadan ini bukan sahaja menjual lauk-pauk dan kuih-muih bahkan terdapat beberapa gerai yang menjual air minuman dengan pelbagai perisa dan warna yang menarik perhatian para pengunjung.

Tidak dinafikan gerai jualan di Bazar Ramadan Emart Batu Kawa bukan sahaja menarik perhatian orang ramai kerana aneka makanan dan minuman, tetapi juga keunikan gerai dihiasi dengan cantik dan menarik.

Orang ramai yang ingin membeli juadah untuk berbuka puasa, disarankan berkunjung ke Bazar Ramadan ini di Emart Batu Kawa, yang pasti tidak mengecewakan.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

5 Jun 2023

Berita Terbaru