ARTIKEL

Dimas disembunyi makhluk halus?

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUSA: Bunyi ‘legam-legum’ (bising) di dalam sebuah setor dekat Kampung Tengah Tambak membawa kepada penemuan remaja berusia 13 tahun dilapor tidak pulang rumah sejak Rabu lalu.

Dengan penemuan itu, ahli keluarga serta penduduk kampung boleh menarik nafas lega apabila Mohamad Tantasri Biha atau lebih dikenali dengan panggilan Dimas dari Kampung Hilir Tambak berada dalam keadaan selamat.

Menurut sumber, Dimas ditemui di setor di Kampung Tengah kira-kira 1:45 petang semalam.

“Penduduk kampung kehairanan mendengar bunyi bising akhirnya membuat pemeriksaan.

“Setelah diperiksa, didapati Dimas berada di dalam setor tersebut,” katanya.

Jelasnya, ketika ditemui dia kehausan lalu meminum air dari tangki air terdapat di situ.

Lebih menghairankan sebaik ditemui, dia juga enggan bercakap atau menjawab sebarang pertanyaan.

Penemuaan Dimas juga sudah dimaklum kepada polis.

Terdahulu kakaknya Noor Issianty Biha memberitahu, adiknya itu kali terakhir pulang kira-kira 6 petang Rabu untuk mandi sebelum keluar semula bermain dan tidak pulang sehingga ditemui tengah hari semalam.

Dimas merupakan pelajar Tingkatan Satu di SMK Pusa.

BERITA LAIN

MK Melugu ungguli anugerah TVPSS

SIMANGGANG: Sekolah-sekolah di Daerah Sri Aman mencatat pencapaian membanggakan apabila meraih pelbagai pengiktirafan pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Digital Peringkat Negeri Sarawak 2026 di Dewan

1,350 penerima darjah kebesaran Sarawak

KUCHING: Yang Dipertua Dewan Negara, Dato Awang Bemee Awang Ali Basah dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Azizah Nawawi mendahului penerima Darjah Kebesaran Negeri

BERITA TERBARU

Ribuan penyokong banjiri Stadium Taha Ariffin

KUCHING: Ribuan penyokong mula membanjiri Stadium Taha Ariffin (STA) seawal jam 5 petang bagi menyaksikan Kuching City FC memburu tiket ke separuh akhir Piala FA

Bintulu tundukkan ATM 1-0

SPL 2026 KUCHING: Juara bertahan, Bintulu membawa bekalan tipis ke aksi suku akhir kedua Liga Premier Sarawak 2026 (SPL 2026) selepas menewaskan ATM 1-0 di