ARTIKEL

Din Beringin diberkas polis

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki dikenali sebagai “Din Beringin” yang disyaki  terlibat dalam kes kecurian kabel di sekitar ibu negara.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata lelaki berusia 40 tahun itu ditahan di Jinjang Utara pada Ahad lepas setelah polis menerima laporan kes kecurian kabel sebuah loji di Taman Pelangi di sini pada 28 Feb lalu.

Beliau berkata dengan tangkapan itu, polis percaya dapat menyelesaikan sembilan kes kecurian kabel di sekitar Kuala Lumpur.

Menurutnya suspek bersama seorang lagi yang masih diburu dipercayai aktif melakukan kegiatan berkenaan sejak Ogos tahun lepas dengan menyasarkan kabel, besi tembaga dan aluminium di tapak projek dan perumahan.

“Hasil barang-barang yang dicuri akan dijual semula di kedai besi buruk bagi mendapatkan wang untuk membeli dadah dan mereka ini kebiasaannya sasarkan kabel yang masih bergulung dalam simpanan,” katanya  dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di sini, hari ini. 

Dalam pada itu, Ahmad Sukarno berkata polis menahan ketua kumpulan Geng Tatan pada Selasa lepas yang disyaki terlibat dalam enam kes ragut di sekitar Sentul.

Baca lain  Susu unta, susu kambing dicampur dadah berjaya dirampas

Beliau berkata suspek yang direman empat hari hingga 9 Mac ini, bersama seorang lagi yang masih diburu menyasarkan pejalan kaki dan penunggang motosikal di kawasan perumahan. – Bernama

BERITA LAIN

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

127,295 orang bekerja sendiri mendaftar SKSPS

BUKIT MERTAJAM, Pulau Pinang: Golongan bekerja sendiri digesa mencarum Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) kerana ketika ini hanya 27.56 peratus atau 127,295 orang, daripada

BERITA TERBARU

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,