Dipaksa hisap kemaluan untuk lepas diri

SIMUNJAN: Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun dipercayai dicederakan dan dipaksa untuk menghisap kemaluan oleh seorang lelaki di tepi jalan kawasan Sebuyau, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Simunjan DSP Merbin Lisa berkata, pihaknya telah menerima laporan terbabit sekitar jam 7.30 petang sehari selepas berlaku kejadian.

“Hasil soal siasat mendapati mangsa pada awalnya menemani suspek keluar ke pasar Sebuyau menaiki motosikal untuk membeli rokok pada jam 2 petang.

“Selepas balik dari pasar, suspek telah membawa mangsa masuk ke semak tepi jalan seterusnya bertindak menumbuk, menendang seterusnya menyuruh mangsa menghisap kemaluannya jika ingin melepaskan diri.

Suara Sarawak